Wednesday, July 31, 2013

Mahkamah akui pelantikan menteri tidak sah?

KulasegaranKUALA LUMPUR, 31 JULAI: Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M Kulasegaran kesal dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman beliau berhubung pelantikan dua menteri dan tiga timbalan menteri yang tidak sah.

Menurutnya, walaupun hakim memutuskan jawatan yang disandang mereka sah, namun beliau tetap akan mengemukakan rayuan selepas ini kerana sumpah dan pelantikan itu tidak seiring dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menegaskan, dalam kes sebelum ini, hanya mereka yang telah mengangkat sumpah sebagai senator atau dipilih sebagai Ahli Parlimen boleh dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri.

“Tetapi dalam kes ini, dua menteri dan tiga timbalan menteri menikmati keistimewaan dan hak gaji daripada hari mereka dicalonkan bukan selepas mereka mengangkat sumpah.

“Mereka juga sudah membuat keputusan dasar sebelum mengangkat sumpah, ini membuatkan dasar yang mereka buat salah dan tidak sah.

“Ini adalah demi kepentingan awam yang mempunyai hak untuk mengetahui samada perlembagaan negara sudah dicabuli,” katanya ketika ditemui di perkarangan Lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

kulasegaran 2Kulasegaran memfailkan permohonan Jun lalu untuk mendapatkan kebenaran mahkamah supaya membatalkan pelantikan menteri dan timbalan menteri yang diberi kedudukan tanpa mengangkat sumpah sebagai senator atau Ahli Parlimen yang sekaligus bertentangan dengan perlembagaan

Menteri dan timbalan menteri berkenaan adalah Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Datuk Paul Low, P Waythamoorthy, Dr Loga Bala Mohan dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipa.

Sebelum itu, Hakim, Datuk Zaleha Yusof memutuskan bahawa jawatan menteri berkenaan sah dan boleh dilantik ke kabinet sebelum mengangkat sumpah kerana mendakwa dilantik dan mengangkat sumpah adalah ‘dua perkara berbeza’.

Beliau berkata, tiada peruntukan dalam perlembagaan yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak boleh dilantik sebagai senator sebelum dia mengangkat sumpah. -Roketkini.com

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular