Thursday, August 1, 2013

Berapakah yang pernah ditahan ISA dan EO kerana pemilikan senjata api secara haram?

Kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menyambut baik cadangan supaya diperkenalkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan atas alasan peningkatan kadar jenayah berat saban hari susah diterima.

Apakah Datuk Seri Shafie mempunyai statistik di tangan ketika membuat kenyataan tersebut? Berapakah jumlah tahanan ISA sebelum ini adalah kerana pemilikan senjata api secara haram?

Rakyat sudah tentu ingat Operasi Lalang 1987 di mana ISA digunakan sewenang-wenangnya pada ahli-ahli politik pembangkang yang tidak melakukan apa-apa jenayah.

Begitu juga dengan cadangan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Rahim Noor yang menyarankan supaya kerajaan mengembalikan undang-undang tahanan seperti Ordinan Darurat (EO). Beliau berpandangan seperti Datuk Seri Shafie dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mempercayai dakwaan bahawa peratusan besar jenayah yang berlaku sejak kebelakangan ini melibatkan bekas tahanan EO yang telah dibebaskan.

Sekiranya benar bekas tahanan EO di belakang jenayah-jenayah berat kebelakangan ini, sudah tentu polis boleh menahan mereka di bawah Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata api tanpa lesen dan melakukan pembunuhan menggunakan senjata api. Di bawah akta ini, jika disabit kesalahan boleh dihukum mati dan penjara seumur hidup.

Oleh itu, PAS berpendirian tegas bahawa ISA dan EO tidak perlu diperkenalkan kembali untuk menyelesaikan krisis jenayah tembakan yang semakin berleluasa kerana itu bukan jawapan kepada krisis ini. Lebih-lebih lagi kedua-dua undang-undang ini bersifat zalim, mudah disalahgunakan untuk tujuan yang lain dan lebih-lebih lagi ia tidak adil dari sudut Islam.

Polis perlu menyiasat segala kemungkinan yang menyebabkan senjata api jatuh ke pihak yang tidak bertanggungjawab. PAS lebih cenderung mempercayai para penjenayah bersenjata api ini mendapat bekalan senjata secara sindiket haram akibat kelolosan pemeriksaan di pintu-pintu masuk ke negara.

Oleh itu, PAS menggesa semua pihak berkuasa untuk bekerjasama dan mencari jalan yang lebih efisyen untuk mencegah penyeludupan senjata api ke dalam negara.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
1 Ogos 2013

ISA, EO untuk pembangkang bukan penjenayah
Harakahdaily,
01 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: PAS meminta Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal melihat kembali statistik jumlah mereka yang pernah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) kerana memiliki senjata api haram sebelum membuat kenyataan.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan Shafie supaya diperkenalkan semula ISA dan EO sukar diterima dalam keadaan kedua-dua akta zalim itu selama ini lebih digunakan untuk tangkapan orang politik khususnya pembangkang.

"Rakyat sudah tentu ingat Operasi Lalang 1987 di mana ISA digunakan sewenang-wenangnya pada ahli-ahli politik pembangkang yang tidak melakukan apa-apa jenayah," katanya dalam satu kenyataan.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menyambut baik cadangan supaya diperkenalkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan atas alasan peningkatan kadar jenayah berat saban hari susah diterima.

Apakah Datuk Seri Shafie mempunyai statistik di tangan ketika membuat kenyataan tersebut? Berapakah jumlah tahanan ISA sebelum ini adalah kerana pemilikan senjata api secara haram?

Rakyat sudah tentu ingat Operasi Lalang 1987 di mana ISA digunakan sewenang-wenangnya pada ahli-ahli politik pembangkang yang tidak melakukan apa-apa jenayah.

Begitu juga dengan cadangan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Rahim Noor yang menyarankan supaya kerajaan mengembalikan undang-undang tahanan seperti Ordinan Darurat (EO). Beliau berpandangan seperti Datuk Seri Shafie dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mempercayai dakwaan bahawa peratusan besar jenayah yang berlaku sejak kebelakangan ini melibatkan bekas tahanan EO yang telah dibebaskan.

Sekiranya benar bekas tahanan EO di belakang jenayah-jenayah berat kebelakangan ini, sudah tentu polis boleh menahan mereka di bawah Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata api tanpa lesen dan melakukan pembunuhan menggunakan senjata api. Di bawah akta ini, jika disabit kesalahan boleh dihukum mati dan penjara seumur hidup.

Oleh itu, PAS berpendirian tegas bahawa ISA dan EO tidak perlu diperkenalkan kembali untuk menyelesaikan krisis jenayah tembakan yang semakin berleluasa kerana itu bukan jawapan kepada krisis ini. Lebih-lebih lagi kedua-dua undang-undang ini bersifat zalim, mudah disalahgunakan untuk tujuan yang lain dan lebih-lebih lagi ia tidak adil dari sudut Islam.

Polis perlu menyiasat segala kemungkinan yang menyebabkan senjata api jatuh ke pihak yang tidak bertanggungjawab. PAS lebih cenderung mempercayai para penjenayah bersenjata api ini mendapat bekalan senjata secara sindiket haram akibat kelolosan pemeriksaan di pintu-pintu masuk ke negara.

Oleh itu, PAS menggesa semua pihak berkuasa untuk bekerjasama dan mencari jalan yang lebih efisyen untuk mencegah penyeludupan senjata api ke dalam negara.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular