Thursday, August 1, 2013

Apa yang ko janji ni NAJIB?

Bekas Timbalan Panglima ATM tuntut janji kerajaan kepada tentera
KUALA LUMPUR 31 JULAI: Mantan Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid menggesa kerajaan menyediakan keperluan asas tentera sebagaimana termaktub dalam kontrak perkhidmatan.

“Isu paling besar bagi tentera sehingga ke hari ini berkaitan janji kerajaan untuk menyediakan keperluan seperti gaji yang sepatutnya, perumahan selesa dan pencen bertepatan,” katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau berkata demikian sempena sambutan Hari Pahlawan yang jatuh pada hari ini.
Menurut Ghafir, walaupun janji tersebut tidak tertulis dalam perjanjian khas namun ia termeterai antara kerajaan dan anggota tentera sewaktu mengangkat sumpah jawatan.

“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah penuhi tugas-tugas seperti yang tertera dalam kontrak tetapi kerajaan tidak menunaikan janji untuk memberi gaji setaraf dengan pengorbanan mereka,” katanya.

“Kebajikan anggota tentera perlu dipenuhi, melalui pencen pun kita boleh lihat bagaimana kerajaan mengkhianati janji untuk membayar bahagian mereka kepada pesara tentera,” katanya lagi.

NGO Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) sebelum ini lantang menyuarakan tuntutan mereka berkaitan penyalahgunaan wang pencen anggota tentera.
Mereka turut mendedahkan penipuan Kementerian Pertahanan berhubung janji pemberian tanah kepada pesara tentera.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54704

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular