Friday, August 2, 2013

MCA, Gerakan dan MIC tungu apa lagi?

DAP: Tinggal BN jika tak setuju tuntutan Noh Omar
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mencabar parti MIC, Gerakan dan MCA meninggalkan BN sekiranya parti itu tidak bersetuju dengan tuntutan untuk menyiasat individu yang mendedahkan gambar mengenai isu kantin SK Seri Pristana.

Jika tidak, kritikan seperti yang disuarakan oleh presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung tuntutan seperti itu hanyalah satu retorik semata-mata, kata Lim.

Beliau mengulas kenyataan Chua semalam yang menyifatkan ketua perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar "gila" kerana membangkitkan tuntutan seperti itu.

lim guan eng launch water ubah"Selagi MCA, Gerakan dan MIC tetap bekerjasama dengan UMNO dalam BN Selangor dengan Noh Omar sebagai pengerusi, sebarang kritikan terhadap Noh Omar mengatakannya gila hanyalah satu lagi pementasan drama atau wayang kulit yang akan dilupakan dalam masa seminggu," kata Lim (kanan) dakan kenyataannya.

Begitu juga dalam pengetua SK Alam Megah yang mengakui memberitahu pelajar India dan Cina supaya "balik India dan China".

Lim berkata, pendirian MCA supaya pengetua sekolah berkenaan didakwa mengikut Akta Hasutan tidak akan dipandang serius, khususnya oleh Umno.

Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong dalam satu kenyataan hari ini berkata permohonan maaf pengetua SK Alam Megah itu "tidak ikhlas" dan menuntutu agar tindakan dikenakan ke atas guru berkenaan.

Gila: MCA, Gerakan dan MIC patut keluar BN S’ngor
KUALA LUMPUR: Selagi MCA, Gerakan dan MIC tetap bekerjasama dengan Umno dalam BN Selangor dengan Noh Omar sebagai pengerusi, sebarang kritikan terhadap Noh mengatakannya gila hanyalah satu lagi pementasan drama atau wayang kulit yang akan dilupakan dalam masa seminggu.


Ini hanya memperlihatkan hakikat bahawa parti komponen BN tidak berkongsi sebarang nilai kerana mereka adalah parti politik perkauman yang mewakili satu kaum sahaja,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Namun, ujarnya parti politik perkauman mono-etnik yang mengasingkan kaum lain masih boleh bekerja bersama-sama dalam BN kerana mereka mempunyai objektif yang sama dalam membiarkan rasuah, salah guna kuasa dan kapitalisme kroni.

Justeru, tegas beliau MCA, Gerakan dan MIC patut keluar daripada BN Selangor bagi membuktikan keikhlasan mereka untuk tidak dikaitkan dengan pemimpin gila seperti Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar yang mahu Guneswari, ibu kepada pelajar di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

Beliau berkata, ia jelas tidak wujud keyakinan dalam kenyataan Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek yang memanggil Noh sebagai ‘gila’ kerana mahu Gunewari disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mendedahkan gambar kantin sementara di bilik mandi tersebut, apabila MCA masih lagi bekerjasama dengan Umno di Selangor.

“Untuk sebab ini, keengganan MCA untuk menerima permohonan maaf daripada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah di Shah Alam kerana menyuruh pelajarnya balik ke tanah leluhur masing-masing (balik India, balik China) dan seruan mereka supaya beliau didakwa atas kesalahan menghasur tidak akan diambil serius oleh masyarakat Malaysia, terutamanya Umno,” katanya lagi.

Menurutnya, memberi cadangan sedemikian di saat semua orang tahu anda tidak bermaksud mencadangkan, samalah seperti tidak memberi cadangan langsung.

Tambah beliau terdapat perselisihan sama ada pengetua tersebut turut menyuruh pelajar Melayu supaya ‘balik Indonesia’ memandangkan ia tidak didengari oleh pelajar bukan Melayu.

“Begitu pun jika kita memberinya manfaat keraguan, menyuruh pelajar supaya balik ke Indonesia bukanlah justfikasi yang betul untuk turut menyuruh pelajar lain balik ke India atau China. Tidak perlulah untuk menegakkan benang yang basah,” katanya beliau.

Ini, katanya bukanlah kali pertama kata-kata berbaur perkauman melampau digunakan oleh mana-mana pengetua terhadap pelajar bukan Melayu.

Katanya lagi, kegagalan Kementerian Pendidikan untuk bertindak terhadap pengetua-pengetua yang bersifat perkauman sejak dahulu hanya tambah membenarkan sebuah tabiat yang tidak sihat untuk terus berleluasa.

“Di mana semangat 1Malaysia di sekolah-sekolah, dan kenapa pula ibu bapa bukan Melayu mahu dipersalahkan apabila mereka tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah menengah kerajaan apabila masih wujud golongan pendidik yang bersifat perkauman,” katanya.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular