Aktivis Kelantan merayu kepada anak Kelantan yang akan pulang ke bumi Kelantan tidak lama lagi supaya memboikot produk PETRON.
PETRON adalah sebuah syarikat keluarga kapitalis yang berselindung di sebalik jenama bumiputera.
Kewujudan PETRON dengan kerjasama Mahathir di dalam PETRONAS, telah membunuh PETRONAS, sebuah syarikat milik negara secara senyap dan perlahan.
Walau PETRONAS itu sendiri sebenarnya, menikam maruah anak Kelantan dalam hak royalti kedaulatan hasil bumi, tetapi kemunculan PETRON menambah luka.
Kerja-kerja milik PETRONAS sebelum ini kini semua diambil alih oleh PETRON. Keuntungan syarikat milik negara itu semakin menyusut. Keuntungan syarikat milik keluarga kapitalis itu semakin membesar.
Paling menyakitkan, hasil bumi petroliam dalam kedaulatan laut milik anak Kelantan kini telah diambil alih oleh Sapura Kencana. Satu syarikat yang ada kaitan dengan keluarga kapitalis itu.
Aktivis Kelantan, menyeru dan merayu. Demi maruah dan darah anak Kelantan, boikot produk PETRON. Teruskan menuntut royalti. Sama ada menang atau hidup dengan bermaruah.
Aktivis Kelantan (AK03)
AMBO
Ambang13
SAMM Kelantan.
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
No comments:
Post a Comment