Wednesday, November 14, 2012

Hujjah Pak Pandir Ahmad Maslan.. "mengesahkan" UMNO mengamalkan rasuah


Jangan hanya tuduh Umno libat rasuah'
Persepsi rakyat kepada Umno terhadap gejala rasuah yang digambarkan seolah-olah hanya parti itu yang terlibat perlu dihakis kerana gejala tidak bermoral itu boleh melibatkan sesiapa sahaja.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, gejala tersebut tidak mengenal parti, pangkat, jantina, mahupun kaum, yang ianya tetap salah di sisi undang-undang.

Menurutnya, masyarakat tidak seharusnya menunding jari kepada Umno kerana sesuatu persepsi itu tidak semestinya benar.

"Jangan hanya menuduh rasuah ini hanya orang Umno itu tidak betul kerana rasuah ini merentas semua, tanpa mengenal siapa, yang mana rasuah ini adalah keruntuhan akhlak tanpa mengira apa juga partinya. Jika terlibat, salah tetap salah.

"Perlu menerima dengan terbuka bahawa sesungguhnya rasuah itu bukan hanya berlaku kepada orang-orang tertentu, parti-parti tertentu, tetapi rasuah berlaku kepada orang yang mempunyai nilai moral yang rendah," katanya pada sidang media selepas mengadakan Walkabout Penerangan Bajet 2013 di Terminal Bas Jalan Duta, di sini, hari ini.

Ahmad Maslan mengulas kenyataan setiausaha agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor bahawa cabaran parti tersebut ketika ini adalah menangani isu persepsi rasuah.

Beliau menegaskan, dalam konteks tersebut, kerajaan Barisan Nasional (BN) serius menangani isu itu bagi usaha membasmi rasuah.

Katanya, apa yang penting adalah usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan sendiri, yang dalam masa sama mahu sebagai langkah menghakis persepsi rakyat terhadap Umno.

"Adakah kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak ini membiarkan rasuah? Tidak. Adalah kerajaan tidak berbuat sesuatu? itu tidak betul, kerana yang penting, kerajaan BN ada petunjuk prestasi utama (KPI) serta Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), yang mana terdapat tujuh perkara utama dan salah satunya membasmi rasuah," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, pihaknya belum mempunyai sebarang rancangan untuk menetapkan agar setiap calon baru bagi pilihanraya umum akan datang, membuat pengisytiharan harta.

Katanya, sepanjang pengetahuannya perkara itu tidak pernah dibincangkannya, namun hanya semakan sama ada calon terlibat dengan perkara-perkara berkaitan bankrup sahaja dibuat.

"Masalah kita adalah senarai calon itu ramai, dan ia masih belum diputuskan, jadi jika mahu mereka ishtihar harta, mereka belum muktamad menjadi calon," katanya.

Kenyataan Ahmad Maslan di atas sekaligus telah "mengesahkan" UMNO mengamalkan rasuah dan kini cuba mempalitkan pihak lain pula dengan gejala berkenaan supaya UMNO dilihat mengamalkan sesuatu yang orang lain juga amalkan.

Tuduhan Ahmad Maslan dengan cubaan mengheret pihak lain mengamalkan rasuah untuk menutup kisah UMNO sebagai pengamal rasuah nombor satu negara adalah sama kisah Pak Pandir dan Mak Andeh. Bukankah apabila anak Pak Pandir mati kerana kecuaiannya, beliau menyatakan pada Mak Andeh, “bukan anak kita sahaja yang mati, anak orang lain juga mati.”

Samalah ldengan hujjah Ahmad Maslan itu, "bukan UMNO saja rasuah, orang lain rasuah juga..."

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular