Thursday, August 1, 2013

TPPA : Kerajaan Malaysia boleh di saman

Malaysia boleh diheret ke Mahkamah Antarabangsa jika laksana TPPA
Rancangan Putrajaya untuk melaksanakan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah indah khabar daripada rupa kerana kerajaan boleh diheret ke Mahkamah Antarabangsa jika melanggar kontrak yang dimeterai, kata pakar ekonomi Dr Martin Khor.

Pakar yang berpengkalan di Geneva, Switzerland menegaskan perkara itu sudah pun berlaku di negara-negara lain yang menjalankan perjanjian hampir sama dengan Amerika Syarikat.

"TPPA hanya mempunyai sedikit kaitan dengan perdagangan, ada lebih banyak isu yang perlu dibimbangkan," kata Pengarah Eksekutif South Centre dalam forum enam panel yang diadakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), hari ini.

Khor membayangkan kerajaan akan berhadapan dengan situasi terpaksa bertanggungjawab untuk memastikan industri tempatan terbela dan pada masa sama juga memastikan pelabur luar mendapat layanan yang sama adil.

"Peruntukan untuk melindungi hak pelabur asing, melayan negara asing sama rata atau sebaliknya melebihi daripada layanan yang diberikan kepada perniagaan tempatan.

"Jika undang-undang kerajaan berubah, ia memberi kesan kepada keuntungan masa depan syarikat tersebut mereka boleh meminta pampasan kerana ia adalah sama maksud dengan "rampasan", definisi ini termasuklah bagi kerugian daripada untung masa depan hasil daripada perubahan polisi kerajaan," katanya.

Lebih memburukkan keadaan, Khor mendedahkan kerajaan akan terikat dengan 'Investor State Dispute Settlement' atau ISDS yang berpengkalan di Mahkamah Antarabangsa, Washington jika meneruskan rancangan untuk menandatangani TPPA.

"Jadi, jika pelabur merasakan hak mereka dirampas daripada mereka, termasuk perubahan dalam kontrak atau keuntungan depan, mereka boleh saman kerajaan di Mahkamah Antarabangsa.

"Sudah terdapat banyak kes saman yang berlaku di negara lain," katanya.

Khor memberikan contoh dua negara yang disaman dibawah ISDS ini iaitu Ecuador sebanyak AS$2.3bilion dan Indonesia AS2bilion oleh syarikat luar negara kerana melanggar kontrak dan menyaksikan mereka menang kes itu.

Kenyataan oleh Khor ini memberikan gambaran bahawa jaminan masa depan dan hak usahawan Bumiputera mungkin tergugat sekiranya TPPA ini dilaksanakan memandangkan kerajaan terpaksa mematuhi peraturan yang sudah ditetapkan.

Namun, wakil Pejabat Peguam Negara (AGC) semasa dalam satu forum hari ini menafikan perkara tersebut dan memberi jaminan hak usahawan Bumiputera akan tetap dibela walaupun selepas pelaksanaan TPPA ini.

Selain itu, seorang lagi panel Agil Faisal Ahmad Fadzil pula meramalkan kebanyakan usahawan dan perniagaan tempatan akan ketinggalan jauh dengan Amerika Syarikat sekiranya rancangan melaksanakan perjanjian ini diteruskan.

"Jika dilihat dengan bantuan yang kita terpaksa bergantung dan produk kita ada, saya boleh kata kita akan ketinggalan.

"Pembinaan keupayaan perlu dipertingkat," kata Presiden Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Malaysia (GMB Malaysia) itu.

TPPA adalah inisiatif untuk membentuk satu kawasan perdagangan bebas (FTA) di kalangan 12 negara yang berjumlah 800 juta penduduk dan anggaran gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak AS$27.5trilion.

Malaysia menyertai TPPA sebagai anggota perunding penuh pada pusingan ke-3 yang diadakan di Brunei Darussalam pada Oktober 2010 lalu, serta terbaru adalah di semasa pusingan ke-18 baru-baru ini di Kota Kinabalu.

Kontroversi TPPA mendapat perhatian banyak pihak antaranya kumpulan sivil, pertubuhan bukan kerajaan dan juga parti pembangkang Pakatan Rakyat (PR), hingga menyaksikan Putrajaya terpaksa membentuk Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) melibatkan keanggotan dwi partisan bagi membolehkan pembangkang mendapat penjelasan berhubung perjanjian berkenaan.

PR turut membangkitkan persoalan terhadap beberapa isu dalam TPPA yang memungkinkan akan memberikan kesan negatif kepada Malaysia memandangkan perjanjian tersebut tidak boleh diumumkan kepada orang ramai. - 1 Ogos, 2013.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular