KOTA BHARU: Berbeza layanan diterima Kelantan berbanding negeri-negeri lain di bawah Pakatan Rakyat apabila terus menjadi mangsa politik dendam Umno dan BN.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan BN dilihat lebih menekan negeri-negeri yang ditadbir PAS berbanding parti lain.
“Kita melihat amalan itu dilakukan kerana ada hubung kait dengan Islam. Kerajaan yang ditadbir PAS terus didiskriminasi, sedangkan negeri-negeri lain di bawah Pakatan mengalami situasi sedikit berbeza.
“Projek lebuh raya di Kelantan sepatutnya sudah lama dibuat, namun di Pulau Pinang biar pun ditadbir DAP namun jambatan Pulau Pinang kedua tetap diteruskan,” katanya pada ceramah Badar Qubra di Qaryah Ramadan malam tadi.
Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, Dr Ramli Mamat dan Adun Pasir Tumbuh, Abdul Rahman Yunus.
Orang ramai memenuhi ruang dalam khemah berhawa dingin, manakala sebahagian lagi terpaksa menunai solat di ruang luar.
Qaryah Ramadan dikendalikan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) menjadi tumpuan ramai sejak 1 Ramadan lalu.
Solat tarawih diimamkan qari jemputan dari Mesir iaitu Sheikh Ahmad Tamim Ahmed Almaraghi dan Sheikh Hisham Abd Bari Rajih.
Ustaz Abdul Hadi yang juga anggota parlimen Marang berkata, Kelantan dihentam dari segenap penjuru sejak 1990 sehingga sekarang.
Menurutnya juga apabila Islam dapat ditegakkan, bangsa dan negara akan lebih selamat.
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
No comments:
Post a Comment