Wednesday, July 31, 2013

Hello SPR!! yang nih baru betul bukan Rasuah...

Hong Leong Yamaha beri pemeriksaan motor percuma
ALOR SETAR - Untuk tahun ke-15 para penunggang motosikal boleh mendapatkan bantuan Hong Leong Yamaha Motor bagi pemeriksaan percuma motosikal sempena Aidilfitri.


Pemeriksaan motosikal ini merupakan antara program yang dijalankan sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung kali ke-15, kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) dan Persatuan Penjual Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA) di sini.

"Kami akan memeriksa 15 ciri keselamatan seperti lampu isyarat, minyak pelincir, stereng, pendikit, cermin, brek hadapan dan belakang, hon, suspensi hadapan dan belakang, karburetor, tayar, minyak enjin, garas roda dan rantai pacuan," kata Pengurus Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) HLYM Romi Sabihin.

Beliau berkata kempen itu bertujuan memberi kesedaran dan pengetahuan kepada penunggang motosikal berkenaan tahap keselamatan dan cara menunggang motosikal dengan betul.

Kempen keselamatan ini dilaksanakan di lima lokasi - Sungai Besi, Kuala Lumpur; Jasin, Melaka; Batu Pahat, Johor dan Pulau Pinang; manakala Alor Setar, Kedah, merupakan destinasi terakhir," katanya selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha peringkat Kedah di sini hari ini.

"Kami juga memberikan 100 topi keledar kepada 100 individu terawal yang melakukan pemeriksaan motosikal mereka," katanya. - Bernama

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular