Saturday, August 3, 2013

Berita nih menipu!!

Tipulah....
BR1M dapat...
BR1M 2.0 dapat..
Bonus raya dapat...
Naik gaji dapat...

Paling ramai kakitangan awam MELAYU....
Melayu kan dibela...
Di junjung bangsanya...
Pun masih muflis?

PM dok sibuk kata Malaysia menuju negara berpendapatan tinggi...
Bukan negara RAKYAT muflis paling tinggi...

Nih Berita yang dimaksudkan :
Muflis: Keadaan kewangan kakitangan awam dalam bahaya
OLEH LEE SHI-IAN DAN RANJIT SINGH
AUGUST 02, 2013
Bayangkan seorang kakitangan awam diisytiharkan muflis setiap jam bekerja setiap hari. Mereka sepatutnya tidak patut jadi begitu – begitu juga anda.

Ia sebenarnya apa yang berlaku dua tahun lalu, pada 2011. Pada tahun itu, kira-kira 3,000 kakitangan awam muflis, seperti didedahkan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kepada The Malaysian Insider.

Jumlah itu hanya suku peratus daripada keseluruhan 1.2 juta kakitangan awam dan pegawai di Malaysia.

Tetapi, sebenarnya angka muflis yang rasmi tidak memberi gambaran sebenar. Sebenarnya, ia membabitkan kohot yang lebih luas dan terdesak, berusaha keras untuk bertahan, seperti dilaporkan oleh The Malaysian Insider sebelum ini di link http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/living-on-the-outskirts-of-their-income-the-malaysian-civil-servant>

Mengapa mereka perlu bersusah payah mengimbangi pendapatan isi rumah?

Ramai yang tinggal di kawasan perumahan yang di luar kemampuan pendapatan mereka untuk berlagak dengan keluarga dan jiran.

Malah, lintah darat atau Ah Long juga mendedahkan bahawa kebanyakan kakitangan awam tidak meminjam duit untuk aktiviti seperti berjudi. Tetapi, mereka pinjam duit untuk membeli perabot, ubah suai rumah, beli kereta baru atau menguruskan permintaan keluarga pada musim perayaan, contohnya sambutan Hari Raya minggu depan.

Sesekali, mereka pinjam kerana menjadi mangsa kenaifan apabila rakan atau keluarga mengambil kesempatan menjadikan mereka penjamin bagi pinjaman kemudian gagal membayarnya menyebabkan mereka terpaksa membayarkan pinjaman itu selepas disaman.

“Ramai yang tidak berfikir dua kali mengenai permintaan rakan atau saudara yang meminta supaya mereka jadi penjamin. Tetapi, masalah akan timbul apabila peminjam lari dan akhirnya mereka terbeban dengan hutang,” kata Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman.

Tambahnya:”Kita selalu mengingatkan ahli supaya menyimpan wang dan berbelanja mengikut kemampuan. Meminjam memang tidak digalakkan kerana lambat laut, kita perlu membayarnya.”

Keadaan lebih memeritkan apabila Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini melaksanakan peraturan baru iaitu tempoh bayaran semula pinjaman peribadi tidak boleh lebih 10 tahun, berbanding 25 tahun sebelum ini. Pastinya peraturan itu berniat baik, tetapi ia menyukarkan kakitangan awam yang tidak boleh menguruskan kewangan mereka.

Presiden Persatuan Pemberi Pinjaman Wang Berlesen Malaysia, R C Veeraseelan, berkata kepada The Malaysian Insider, di bawah peraturan baru BNM itu, lebih ramai yang akan meminjam daripada pemberi pinjaman wang kerana tidak mampu menepati syarat ketat bank.

Persatuan itu mempunyai 2,500 ahli yang terdiri daripada pemberi pinjaman wang berlesen yang beroperasi dalam pasaran bernilai kira-kira RM4 bilion.

Omar berkata, perintah baru BNM itu akan menyusahkan kakitangan awam terutama mereka yang bergaji kecil dan Cuepacs menggesa kerajaan untuk memikirkan semula tempoh bayaran balik yang dikurangkan itu.

“Bayangkan kesukaran kakitangan awam yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan yang mengambil pinjaman peribadi dengan tempoh bayaran balik singkat, ia tentu akan meningkatkan komitmen kewangannya.

“Mereka pula mungkin tidak layan meminjam dari system perbankan konvensional dan ini akan menyebabkan mereka pinjam daripada pemberi pinjaman wang atau lebih teruk, lintah darat.

“Cuepacs tidak boleh membantu ahli yang kesempitan wang kerana kita adalah kesatuan, bukan koperasi. Kita selalu menggalakkan ahli untuk menyertai koperasi,” katanya.

Menyertai koperasi membantu ahli membuat sedikit simpanan setiap bulan dan pada masa sama, koperasi menyediakan pinjaman juga.

Sejauh mana pemberian kerajaan seperti BR1M dapat membantu menguruskan bajet keluarga? Penganalisa berkata, pemberian seperti BR1M sebenarnya lebih berbentuk bonus.

“Ia datang dan pergi serta-merta bagi kebanyakan kakitangan awam,”katanya. – 2 Ogos, 2013. - TMI

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular