Thursday, August 1, 2013

UMNO bertindak bodoh, menteri perlu minta maaf

Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu meminta maaf kepada ibu bapa yang terbabit membongkar kontroversi menjengkelkan pelajar diarah makan dalam bilik mandi Sekolah Kebangsaan Sri Pristina, Sungai Buloh, baru-baru ini..

Ahli Parlimen DAP Batu Gajah, V Sivakumar berkata, sebaliknya, UMNO Selangor pula yang menuntut ibu bapa berkenaan memohon maaf dan menyarankan mereka disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 adalah satu tindakan berbaur ugutan dan tidak cerdik.

“Sedangkan Ibu bapa berhak menyuarakan perkara yang tidak betul dalam urusan pentadbiran sekolah yang membabitkan anak mereka. Apa pula hak UMNO?

“Dalam kes pelajar makan dalam bilik mandi itu, isunya ialah kewajaran, kebersihan dan kesihatan. Ibu bapa berhak membangkitkan isu itu, apatah lagi bila ia membabitkan pihak pengurusan sekolah, mengapa pula UMNO yang buat ugutan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, taktik ugutan UMNO itu membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa pemimpin UMNO mentadbir negara dengan cara menakut-menakutkan rakyat.

“Kerajaan sepatutnya memuji mereka yang berani untuk membawa perubahan atau memperbaiki keadaan yang sedia ada, bukan sebaliknya,” ujar beliau.

Sivakumar berkata, apa yang lebih membingungkan ialah bila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar cuba membela Guru Besar sekolah itu dengan mendesak Jabatan Pendidikan Selangor supaya tidak mengambil apa-apa tindakan terhadapnya.

“Noh menafikan Guru Besar sekolah itu mengarahkan pelajar bukan Islam makan dalam bilik mandi itu.

“Kenyataan itu adalah perkara yang amat memalukan kerana beliau adalah seorang pemimpin UMNO yang mewakili Negeri Selangor.

Timbalan Pengerusi DAP Perak itu berkata, kenyataan Noh itu juga membuktikan kecetekan pemikiran pemimpin UMNO.

“Mereka mahu melindungi perbuatan keji dan bodoh terhadap murid di bangku sekolah semata-mata untuk melindungi kepentingan mereka.

Sehubungan itu, Sivakumar turut kesal dengan tindakan Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan yang seolah-olah bersekongkol mahu menutup segera kes itu.

“Seluruh dunia sedang memerhatikan kita, isu makan dalam bilik mandi telah memalukan negara di arena antarabangsa. Ia mencemarkan nama baik negara dan seterusnya menurun prestasi dan kualiti pendidikan di kaca mata negara asing.

“Tindakan tegas dan bijak harus diambil terhadap semua pihak yang terbabit secara langsung dalam hal ini,” katanya.

Isu makan dalam bilik mandi berlaku bila pihak sekolah mendakwa kantin sekolah tidak boleh digunakan kerana kerja membaikpulih sedang dilakukan dalam bulan Ramadan.

Bagaimanapun, tinjauan segera yang dilakukan beberapa media menunjukkan tiada sebarang kerja baik pulih dilakukan di sekolah itu.

“Kalau benar kantin dibaik pulih, bagaimana murid boleh makan dalam kantin yang sama sekarang?,” tanya Sivakumar sambil menuntut Kamalanathan turut meminta maaf.-Roketkini.com

- See more at: http://roketkini.com/2013/07/31/umno-bertindak-bodoh-menteri-perlu-minta-maaf-isu-murid-makan-dalam-bilik-mandi/#sthash.3UGmrGTT.dpuf

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular