Thursday, August 1, 2013

Ha ha Rafidah Aziz dah buat pusingan "U" belasah akhbar milik UMNO

Utusan Malaysia terpesong dengan “Apa lagi Cina mahu”
Tan Sri Rafidah Aziz (gambar) mendedahkan beliau tersinggung dengan pendirian diambil oleh meja pengarang akhbar milik Umno, Utusan Malaysia yang bersikap keras dengan masyarakat Cina kerana menyokong pembangkang.

Bekas ketua Wanita Umno itu memberitahu The Malaysian Insider beliau tidak bersetuju dengan muka hadapan akhbar itu selepas pilihan raya umum yang menulis, “Apa lagi Cina mahu?”

“Ini sangat salah … tidak betul untuk mengatakan begitu. Saya sangat terkejut.

“Ia bukan satu kenyataan ‘yang sihat’, untuk dinyatakan,” kata bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu mengimbas kembali pengalaman peribadinya mendapatkan undi untuk Barisan Nasional (BN) di kawasan berbilang kaum.

Rafidah mengatakan seringkali menikmati sokongan semua tidak kira sama ada mereka Melayu, Cina atau India dan menambah beliau diterima baik oleh bukan Melayu.

“Kita harus menerima mereka terlebih dahulu dan lain-lain akan melihat dan sedar. Kita harus terbuka dan layan semua orang dengan adil… kita tidak boleh kata sesuatu seperti ‘apa lagi Cina mahu’ dan lepas dengannya.”

Menurut Rafidah sesetengah daripada saat tidak terlupakannya dalam politik datang dari bukan Melayu yang tiada kena mengena dengan Umno.

Bercerita mengenai pertemuannya dengan seorang lelaki tua (Cina) beliau berkata, “Saya masih ingat kata-katanya, ‘aiya… kenapa ini macam jadi… kita manyak suka sama you’.”

“Saya terharu akan tetapi saya beritahunya, ‘Tak mengapa pakcik… perkara begini kadang-kadang berlaku,” katanya.

Beliau menambah, “Saya tidak suka bermusuh… Saya suka buat kawan, ia sangat penting pada saya. Kita semua patut jadi begini.”

Apabila ditanya mengenai kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsiaX Azran Osman Rani menyelar akhbar berbahasa Melayu itu, Rafidah mengatakan itu adalah hak peribadinya dan di luar “urusan lembaga pengarah.”

“Itu adalah kenyataan peribadinya mengenai perkara itu. Tidak bolehkah seseorang menyatakan pandangannya zaman ini?” kata Rafidah yang juga pengerusi AirAsiaX. – 31 Julai, 2013.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular