72 rumah percuma Kuala Besut 'Islamis', bukan rasuah :TPM
Pemajuan pangsapuri empat tingkat yang terdiri oleh 72 rumah tiga bilik yang bernilai RM10.35 juta percuma untuk penduduk terpilih di Kampung Tok Sabok sempena Pilihan Raya Kecil Kuala Besut tidak wajar dianggap rasuah politik wang.
Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri Tan Muhyiddin Yassin semasa turun berkempen petang tadi berdalih, inisiatif Kerajaan Pusat dan Terengganu itu adalah sesuatu dituntut dalam Islam.
"(Dasar) perumahan adalah tuntutan agama, kerja amal (yang) diiktiraf Islam," ujar Muhyiddin dipetik dari Berita TV9 tadi.
Naib Presiden Umno itu berdalih, Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) sendiri tidak pernah mempertikai amalan pembangunan Pusat berkenaan.
Sebelum itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan pemajuan projek mega tersebut, sambil mengerti isyarat pemberian percuma kepada pemilih rumah terpilih Kampung Pengkalan Atab, Kuala Besut yang didakwa acap kali dilanda air pasang.
Terdahulu, dilaporkan, calon Umno rasuah 1,091 pengundi Kuala Besut?
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment