Monday, August 12, 2013

Isu Surau Jadi Tokong – Pemilik Resort Ditahan, bakal disaman malah lesen operasi juga boleh dibatalkan

KOTA TINGGI - Polis telah menahan pemilik Resort Tanjung Sutera, Tanjung Sedili, Kota Tinggi yang dikatakan membenarkan surau di pusat peranginannya dijadikan tempat upacara agama Buddha.


Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pemilik berkenaan di tahan di resortnya jam 2.00 petang Isnin.

Pihak polis juga akan mendapatkan perintah reman bagi membolehkan pemilik resort berusia 45 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut seksyen 295 kanun keseksaan iaitu mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama golongan lain.

Sabit kesalahan tegasnya boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Sementara itu, video yang memaparkan surau dijadikan penganut Budha sebagai tempat untuk upacara keagamaan di sebuat resort di Kota Tinggi, Johor mula menjadi perbualan hangat.

Menurut laporan akharBerita Harian, video berdurasi 85 saat menampilkan sekumpulan individu dari Singapura dan seorang sami Buddha. Lambang agama turut diletak di bawah kedudukan ayat suci al-Quran.

“Perkara ini tidak sewajarnya berlaku. Mereka perlu faham undang-undang Malaysia kerana tindakan itu bukan sahaja mengguris perasaan, malah menghina Islam,” kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadut kepada akhbar berkenaan.

Sementara itu, pemilik resort yang merupakan warga Singapura yang mempunyai taraf Penduduk Tetap negara ini berkata beliau membenarkan kumpulan berkenaan menggunakan Surau namun tidak tahu mereka juga akan menggunakan peralatan keagamaan.

“Saya tidak berniat menyakiti hati mana-mana pihak. Niat saya adalah untuk menunjukkan Islam adalah agama sejagat dan bertoleransi,” katanya yang juga beragama Islam. -AW

Pengusaha resort bakal berdepan tindakan tegas
KOTA TINGGI 12 Ogos - Tindakan terhadap pengusaha resort di Sedili yang membenarkan surau kawasan penginapan menjadi tempat ritual keagamaan selain Islam akan diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa negeri dalam tempoh terdekat.

Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin berkata, siasatan lebih mendalam akan dilakukan mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor namun beliau menegaskan perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan masyarakat perlu sedia maklum bahawa masjid, surau atau musala hanya boleh 'dihidupkan' oleh orang Islam.

"Dalam al-Quran, Allah menerusi Surah at-Taubah berfirman sedemikian dan bukan sebaliknya, itu jelas dan tidak perlu dinafikan. Berdasarkan tinjauan, terdapat banyak keraguan dari segi reka bentuk surau ini iaitu kedudukan arah kiblat yang lari dari Kaabah malah menghadap luar dari kawasan Tanah Haram di Mekah.

"Kita ada enakmen dan undang-undang, jangan lekeh dan hina perlembagaan di Malaysia. Perkara yang berlaku ini jelas menghina kesucian agama Islam di sini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan bersama Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut di surau dalam kawasan resort di Kampung Sedili Besar hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim; Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohd. Noorazam Osman dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi, Hasrin Kamal Hashim.

Kelmarin, penduduk sekitar perkampungan nelayan Sedili Besar gempar selepas bangunan yang didirikan di sebuah kawasan resort sebagai surau dicemari dengan upacara sembahyang agama lain.

Upacara sembahyang yang dijalankan dipercayai oleh penganut agama Buddha itu disedari seorang pengunjung resort yang ingin menunaikan solat asar.

Sementara itu Noor Azam Osman berkata, pengusaha terbabit bukan sahaja akan didenda atau disaman malah lesen operasi mereka juga boleh dibatalkan selain surau tersebut akan dirobohkan.

"Dari sudut pemilikan tanah, lokasi resort ini merupakan hak milik persendirian dan sudah diubah mengikut syarat rezab Melayu. Pegawai daripada Pejabat Tanah dan Galian akan terus menjalankan siasatan mengenainya dan yang paling penting pada waktu ini adalah keputusan Jawatankuasa Fatwa negeri dan Jabatan Agama Johor.

"Disebabkan resort ini berada dalam kawasan persendirian, kami nasihatkan orang ramai atau pelanggan supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti dalam surau ini untuk sementara waktu," katanya. - UTUSAN ONLINE

Noh Gadut: Kes upacara dalam surau 'hina Islam'
Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan siasatan ke atas satu kejadian melibatkan penganut Buddha yang didakwa melakukan upacara keagamaan di sebuah surau di sebuah resort di Kota Tinggi.

Exco hal ehwal agama negeri Abd Mutalib Abd Rahim dalam laporan Berita Harian hari ini menyebut, peguatkuasa JAJ diarah menyiasat dan mengunjungi lokasi kejadian, di Sedili Besar, sebelum melakukan tindakan.

JAJ bersama penduduk kampung menutup dan mengosongkan surau terbabit untuk memberi ruang bagi siasatan, katanya dalam laporan itu.

Laporan itu turut memetik kenyataan penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadut yang menyifatkan kegiatan kontroversi itu sebagai “mengguris perasaan” dan “menghina Islam”.

“Kita perlu lebih tegas dfengan menggunakan undang-undang yang ada termasuk menyenarai hitam kumpulan terbabit daripada memasuki negara ini semula.

“Perkara ini tidak sewajarnya berlaku. Mereka perlu faham undang-undang Malaysia kerana tindakan itu bukan saja mengguris perasaan, malah menghina Islam,” katanya.

Kejadian berkenaan dikesan melalui satu video di Youtube, menunjukkan lebih 10 orang sedang menyertai satu upacara yang diketuai seorang individu berpakaian jubah berwarna oren di lokasi berkenaan.

Kumpulan berkenaan ditunjukkan berada dalam keadaan duduk mengadap satu objek yang didirikan dalam di depan, di ruang tengah dalam surau tersebut.

Video dimuatkan oleh pengguna Youtube yang menggunakan nama 'Sebastianphiu' itu turut menunjukkan hiasan tulisan dalam bahasa Arab di dinding surau terbabit,.

Video sepanjang 1 minit 25 saat yang dikesan dimuatkan dua hari lalu kini ditonton lebih 10,000 orang, setakat hari ini .. Mk

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular