KUALA BESUT, 15 Julai - "Kata-kata 'Rakyat Terengganu kedekut. Hanya beri 17 kerusi kepada BN' yang dilontarkan pemimpin besar Terengganu baru-baru ini membayangkan penerimaan rakyat terhadap prestasi BN. Kalau mereka (pengundi) tidak memberi sokongan, itu adalah isyarat jelas bahawa rakyat kecewa dengan prestasi BN. Respon Dr Zulkefly terhadap soalan wartawan di sesi sidang media semalam.
"Seperti yang kita sebutkan dalam dua hari sidang media tentang bagaimana kami mendedahkan Umno yang melaung-laungkan slogan 'Dahulukan Rakyat' walhal mereka sendiri telah memberi tanah kepada wakil-wakil rakyat mereka. Saya mahu sebut kepada Menteri Besar nya, tolong tengok prestasi diri sendiri dahulu sebelum menyalahkan rakyat. Dalam negara demokrasi, sangat tidak baik untuk menyalahkan rakyat kerana rakyat itu tuan sebenarnya."
Salahuddin menambah, "Pada tahun 2004, mereka mengambil balik Terengganu daripada PAS dengan majoriti yang begitu selesa, dan pada 2008, PAS mendapat 8 kerusi sahaja. Sekarang kita mendapat 15 kerusi, jadi jangan salahkan rakyat. Itu satu petanda yang rakyat bergerak ke arah satu perubahan cuma tak cukup dua kerusi sahaja lagi."
"Tak payahlah kita nak gelarkan rakyat ini kedekut, bakhil dan seumpamanya. BN seharusnya melihat isu tersebut yang melibatkan performance dan prestasi mereka sebagai apa yang harus mereka perbetulkan sekiranya mereka mahu terus mendapat mandat rakyat. Namun bagi PAS, penting bagi kita untuk mendapatkan 16:16 itu supaya kuat persaingannya dan rakyat semakin untung."
Dr Hatta turut menambah, semasa majlis perletakan batu asas perumahan di Tok Saboh semalam, media ada mengutip kata-kata MB yang berbunyi, "Ini bukan projek pilihanraya. Jadi kita tidak mengambil kesempatan. namun dalam masa yang sama beliau menyebut akan membina 500 unit lagi kalau BN menang di sini. Bagi saya, itu suatu ugutan kepada rakyat. Dan kalau nak kata rakyat kedekut seperti itu, ini bukan caranya untuk menyelesaikannya. Kalau kita kerajaan yang bertanggungjawab, buat sajalah untuk rakyat kita. Tapi ini khidmat bersyarat. You work for us, you'll get this houses."
"Ilmu bercakap begini turun daripada pemimpin nombor satu negara which is not a good kind for our politics."
"Justeru, 16:16 adalah penting kerana kerajaan BN akan lebih fokus untuk melaksanakan pembangunan di Kuala Besut pada masa akan datang" ujar Dr Zulkefly lagi.
Beliau memohon agar rakyat yakin dengan 16:16 untuk kebaikan masa depan mereka dan tidak terpengaruh dengan ugutan bahawa ia akan mencetuskan ketidakstabilan yang mengundang masalah.
"Rakyat harus beri 16:16. Negara akan kekal stabil, Terengganu tetap akan stabil. Apabila kita 16:16, saya yakin dan percaya bahawa satu fokus yang lebih akan dibuat oleh kerajaan BN untuk masa depan rakyat Terengganu." Tambah Salahuddin Ayub.
Dr Zulkefly menambah 16:16 bakal membuka lembaran politik baru yang bakal menamatkan peminggiran Kuala Besut.
"Setiap hakisan sokongan kepada kerajaan BN, mereka tafsirkan sebagai kehilangan kestabilan politik. Ini adalah satu ugutan. Sebenarnya kewujudan sistem dua parti ini adalah satu keterbukaan dan ketelusan dalam urus tadbir dan tata kelola. Rakyat akan mengecapi transformasinya. Jika seri 16:16 dikatakan sesuatu yang mencetuskan ketidakstabilan, ini pemikiran politik lama. Jika penduduk Kuala Besut mencipta sejarah ini, ia akan membuka lembaran politik yang cukup menjanjikan pelbagai peluang yang di situlah akan berlakunya penamatan peminggiran pembangunan di Kuala Besut sekaligus menangani kemiskinan."
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment