Sunday, July 28, 2013

GempaQ!! "Banduan Sementara" untuk UMNO / BN? bacalah...

Satu lagi institusi deposit BN dikesan?
Tiba-tiba muncul idea KDN untuk cari mekanisma membolehkan BANDUAN di penjara mengundi.

1.Mengapa baru sekarang ?.
2.Adakah pendekatan Menteri baru untuk membawa mereka kepangkuan masyarakat ?.
3.Atau alasan hak asasi ?.

Apa pun kajian mesti di lakukan terhadap baik buruk nya . Atau hanya untuk banduan kes tertentu sahaja .

Sedangkan syarat kelayakan untuk menjadi calon antara nya tidak di sabitkan dengan jenayah. Olih itu tidak munasabah penjenayah di benarkan mengundi pula.

Seperkara lagi sudah pasti kaedah mengundi awal sama sebagaimana di kem tentera akan di aplikasi di penjara seluruh negara .

Mungkin kah, ketika itu nanti penjara akan menjadi pusat pengumpulan pengundi ragu atas tiket BANDUAN SEMENTARA.

Jika menjadi kenyataan, bertambah lah satu lagi institusi deposit bagi BN .
Wallah wa'alam .


BERSIH Tidak Setuju Cadangan KDN, Benarkan Banduan Mengundi
Datuk A. Samad Said mempersoalkan usaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membenarkan banduan mengundi pada pilihan raya akan datang.

Menurut Pengerusi Bersama Bersih 2.0 itu, tindakan membenarkan banduan mengundi dilihat hanya dapat menguntungkan Barisan Nasional (BN) sahaja.

“Ini yang perlu kita tahu apakah orang yang salah mempunyai hak untuk mengundi kerana kita tidak pasti apakah itu benar pilihan mereka,“ kata beliau apabila dihubungi oleh The Malaysia Insider.

Malah beliau yang juga Sasterawan Negara menyifatkan pelaksanaan yang mendadak ini seperti langkah terdesak kerajaan untuk meraih undi menyokong Barisan Nasional (BN).

Semalam Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan akan mengkaji langkah untuk mencari mekanisme yang boleh diguna pakai bagi membolehkan banduan mengundi.

Dan sebagai langkah permulaan, seramai 170 banduan tertakluk, orang kena pengawasan (OKP) layak mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut 24 Julai ini.

Ahmad Zahid berkata perbincangan berterusan akan diadakan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan banduan menunaikan hak mereka sebagai pengundi.

Negara jiran di Asia Tenggara seperti Indonesia dan Thailand sudah lama memberikan hak untuk mengundi kepada banduan-banduan di negara mereka.

KDN cari mekanisme benar banduan undi
BESUT - Kementerian Dalam Negeri akan mencari mekanisme yang boleh diguna pakai bagi membolehkan banduan mengundi pada pilihan raya akan datang.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perbincangan berterusan akan diadakan antara pihak terbabit seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan banduan menunaikan hak mereka sebagai pengundi.

Beliau berkata antara aspek yang perlu diteliti ialah mengenai undang-undang yang diperuntukkan di bawah SPR untuk membenarkan banduan mengundi.

"Jika banduan yang telah tiga tahun dalam penjara atau dihukum penjara lebih dari tiga tahun, mungkin perlu mekanisme sesuai untuk (membolehkan) mereka mengundi di kawasan penjara yang ditempatkan.

"Atau mereka juga boleh undi awal di kawasan yang telah mereka mendaftar sebagai pengundi. Banduan juga ada hak untuk mendaftar kali pertama sebagai pengundi," katanya kepada pemberita selepas program ramah mesra Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) bersama masyarakat di Kampung Gertak Seratus di sini hari ini.

Menurutnya ketika ini terdapat 35,000 banduan di seluruh negara dengan 48 peratus menjalani hukuman kerana dadah.

Ahmad Zahid berkata 170 orang kena pengawasan (OKP) layak mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut 24 Julai ini.

Beliau menarik perhatian bahawa rata-rata OKP akan mengundi untuk kali pertama memandangkan sebelum ini mereka tidak mengambil peduli untuk menunaikan tanggungjawab mereka itu.

"Terima kasih kepada Skuad 1Malaysia AADK yang memantau, mengajak mereka untuk datang tunaikan hak mereka," katanya.

Pada pilihan raya kecil itu, calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, seorang jurutera dan anak tempatan akan berhadapan calon Pas, Endot@Azlan Yusof, 48, seorang ahli perniagaan.

Kuala Besut mempunyai 17,683 pemilih berdaftar dan kekosongan Dun Kuala Besut berlaku berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. - Bernama

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular