Sunday, July 28, 2013

Scorpene: RM450 Juta Bukan Rasuah? Pulak dah!!

Arkitek pembelian kapal selam Scorpene hari ini menafikan sekeras-kerasnya kewujudan elemen rasuah dalam urus janji Scorpene yang kontroversi itu.

Perspektif negatif yang sengaja dimainkan pihak tertentu berhubung isu pembayaran RM452 juta (115 juta euro) sebagai 'komisen' kepada Perimekar Sdn Bhd, disangkal oleh Jasbir Singh Chahl, yang menegaskan jumlah itu sebenarnya bayaran khidmat pengurusan bagi syarikat berkenaan.

Dalam wawancara eksklusif dengan akhbar The New Straits Times, Jasbir yang bercakap buat kali pertama mengenai urus janji itu, berkata syarikat itu bertanggungjawab dalam logistik dan latihan pegawai serta anggota Angkatan Kapal Selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menurut laporan itu, bayaran itu meliputi perkhidmatan pengurusan projek dan integrasi pojek, menyelaraskan penglibatan syarikat Malaysia dalam program penyertaan industri dalam peruntukan perkhidmatan semasa fasa pembinaan dan untuk memantau prestasi firma terlibat.

Perimekar Sdn Bhd dimiliki Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Boustead Holdings Sdn Bhd dan K.S. Ombak Laut Sdn Bhd.

Ia juga bagi membantu kontraktor utama supaya mematuhi semua undang-undang dan prosedur tempatan berkaitan pelaksanaan kontrak, menyelaras dan memantau latihan kakitangan TLDM, berdasarkan kontrak utama dan sejajar dengan jangkaan kerajaan Malaysia dan TLDM, serta menyediakan laporan bulanan bagi semua perkara yang dinyatakan itu.

Sebahagian besar daripada bayaran itu melibatkan aspek makanan dan penginapan serta semua perkhidmatan yang perlu bagi latihan kakitangan TLDM dan keluarga mereka di Brest, Perancis dan Sepanyol selama tempoh enam tahun termasuk premium insurans kesihatan serta elaun saraan harian minimum 50 euro seorang.

Kos lain termasuk bayaran tambang pergi balik ke Malaysia tiga kali setahun.

Keseluruhannya, 145 kakitangan TLDM termasuk 49 pegawai dan tanggungan mereka yang diliputi.
"Kami digambarkan seperti mengaut keuntungan dengan hanya duduk sahaja dan memperoleh hasil sedangkan, pada hakikatnya, terdapat banyak kerja keras, ketara, yang dilaksanakan," katanya.

Beliau turut dipetik sebagai berkata tawaran komersil itu adalah menarik disebabkan program penyertaan industri unggul, yang dijalankan bersama.

"Program perdagangan balas dan timbal balas yang kami cadangkan sebagai sebahagian daripada cadangan keseluruhan turut memungkinkan kejayaan memihak kepada kami," katanya.

Jasbir berkata berdasarkan kekuatan dan keunggulan komersil pada cadangan itu, mereka tidak perlu melobi sesiapa supaya mempengaruhi dalam proses penilaian komersil.

"Scorpene adalah kapal selam janaan bukan nuklear terbaik yang kita, sebagai sebuah negara, boleh memilih," katanya.

Berita dipetik dari laman web Astroawani.com

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular