Sunday, July 28, 2013

Lagu "Syiah" sama naik, sama hebat, sama kuat dengan Lagu Raya tahun ini..huhuhu..

Edisi Syiah Versi 2.0 ;
Wahh... kan betoi apa aku kata..Lagu "Syiah" sama naik..sama hebat..sama kuat dengan Lagu Raya tahun ini..huhuhu..


SHAH ALAM – Penyebaran fahaman Syiah di universiti awam dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) sememangnya berlaku, tetapi tiada bukti jelas dapat dibuktikan, kata Presiden Aspirasi, Mohd Shahar Abdullah.

Realiti itu katanya, tidak dinafikan tetapi sukar untuk dibuktikan memandangkan ahli Syiah bergerak secara sulit dalam kumpulan kecil.

Oleh itu, sekiranya terdapat dakwaan penyebaran fahaman Syiah berlaku, pihak universiti dan Kementerian Pendidikan perlu menangani perkara ini secara serius sebagai langkah awal mengekang perkara ini daripada berleluasa.

Mai hampa baca Edisi Syiah Versi 1.0 aku yang lalu..huhuhu

Edisi Syiah Versi 1.0 :
huhuhu..riuh rendah fatwa anti-syiah di Malaysia menjelang PRK Kuala Besut nie...
kemuncaknya bila Anak Mahathir ber"surah"..kemudian klimaksnya bila Bapa Mukhriz ber"fatwa" ...
tapi ada sapa-sapa dengaq dak..ada sapa-sapa baca dak berita kat bawah nie..huhuhu terbitan BERNAMA :

Anti-Syiah la sanggaaattttt !!!!..huhuhu ..Semalaya kena kong kali kong...
Hero sangat... tutup terus ja Kedutaan Iran... hantaq balik ja semua rakyat Iran...
huhuhu... - Usin Wafer

"IRAN jemput Najib hadiri majlis angkat sumpah PM baharu"
Iran menjemput secara rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri upacara angkat sumpah Presiden Iran yang baharu, Hassan Rouhani di Parlimen Iran.

Jemputan itu diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini, ketika kunjungan hormat Duta Iran ke Malaysia, Jalal Firouznia di pejabatnya di Putrajaya.

Turut hadir mengiringi Jalal ialah Utusan Khas Kementerian Luar Iran, Syed Rasoul Muhajar.

Ahmad Zahid berkata, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman akan mewakili Perdana Menteri bagi menghadiri upacara itu.

“Delegasi Iran ini menghantar surat jemputan rasmi kepada Perdana Menteri untuk menghadiri upacara angkat sumpah Presiden Iran yang baharu, Hassan Rouhani di Parlimen Iran. Tarikh upacara berkenaan akan ditentukan kerajaan Iran kelak,” katanya.

Ahmad Zahid dalam sidang media selepas pertemuan itu berkata, mereka membincangkan mengenai isu jenayah merentas sempadan, penyeludupan dadah, pemerdagangan orang dan kebajikan warga Iran yang ditahan di penjara di Malaysia dan juga pertukaran banduan warga Iran di Malaysia dan juga warga Malaysia di Iran.

“Delegasi Iran ini juga membincangkan mengenai kebajikan pelajarnya di Malaysia yang berjumlah 17,000 termasuk anggota keluarga mereka yang menetap di Malaysia untuk menemani mereka dengan jumlah kira-kira 38,000 orang,” katanya.

Sementara itu, Syed Rasoul berkata mereka juga membincangkan cara untuk memudahkan pemeriksaan Imigresen, proses pelawat asing bagi kedua buah negara dan menyelesaikan permasalahan berkaitan prosedur.

“Selain berbincang mengenai kebajikan sosial rakyat Iran di Malaysia dan isu Imigresen, kita juga bersetuju mengadakan perjanjian pertukaran banduan daripada kedua-dua negara yang akan dimuktamadkan nanti,” katanya.

Syed Rasoul berkata, beliau yakin kedua-dua negara akan terus menjalin hubungan dalam pertukaran kebudayaan dan pelbagai sektor pada masa depan. – Bernama, 23 Julai, 2013.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular