Sunday, July 28, 2013

Ini pun ‪#‎SalahAnwar‬ @anwaribrahim ????

Pengerusi NGO MyWatch, R Sanjeevan lantang bersuara utk dedahkan jenayah & salahlaku polis. Tiba2 semalam kene tembak dan kini parah. Agak2 korang sape tembak??


Insiden tembakan Pengerusi MyWatch : Polis Terlibat?
KPN digesa dedah aduan Pengerusi MyWatch, tubuh suruhanjaya khas
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar digesa melakukan siasatan menyeluruh terhadap insiden tembakan ke atas R Sri Sanjeevan termasuk mengadakan suruhanjaya khas untuk menyiasat dakwaan berkaitan pembabitan polis dalam sindiket jenayah.

Gobind Singh Deo percaya ada kemungkinan insiden itu bermotif dendam berikutan Pengerusi Pasukan Cegah Jenayah Malaysia (MyWatch) itu dikatakan merancang untuk mendedahkan pembabitan polis dalam sindiket jenayah.

Malah, Ahli Parlimen Puchong itu, berkata suruhanjaya khas perlu bagi menyiasat dakwaan pembabitan polis dalam sindiket jenayah sehingga ke akar umbi.

"KPN perlu mendedahkan laporan yang dibuat Sanjeevan mengenai sindiket jenayah sebelum beliau ditembak," katanya pada kenyataan media, hari ini.

Gobind juga meminta pihak berkuasa itu memastikan pasukan penyiasat kes tidak ada kena mengena dengan anggota yang didakwa terbabit dalam sindiket jenayah.

Beliau kesal kerana polis lambat bertindak walaupun mangsa sudah membuat laporan berkenaan ugutan bunuh yang diterimanya.

“Sanjeevan pernah buat aduan beberapa jam sebelum kejadian, apabila menerima berita kumpulan sindiket penjenayah merancang menembak rumahnya bagi menakut-nakutkan beliau dan keluarganya," katanya.

Dalam perkembangan terkini, Penasihat My Watch, Tan Sri Musa Hassan dilapor melawat Sanjeevanan di Hospital Seremban dan mengesahkan keadaan Sanjeevan stabil melalui paparan twitternya.

"Keadaan Sanjeevan kini stabil walaupun masih dalam keadaan kritikal," kata bekas Ketua Polis Negara itu.

Mengikut kenyataan polis semalam, mangsa berada dalam kereta BMW sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal di satu persimpangan di Taman Awana Indah, Bahau.

Pembonceng motosikal itu kemudian dikatakan mengeluarkan senjata api sebelum menembak Sanjeevan yang mengenai rusuk kanan mangsa.

Sanjeevan dilapor stabil tetapi keadaannya kritikal selepas menjalani pembedahan di Hospital Kuala Pilah.

Sebelum kejadian, mangsa menerima ancaman bunuh berikutan tweetnya terhadap Khalid.

Musa mengesyaki cubaan membunuh itu ada kaitan dengan rancangan Sanjeevan untuk mendedahkan sindiket jenayah melibatkan pegawai polis. – 27 Julai, 2013. TMI

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular