Thursday, August 29, 2013

MALAYSIA PERLU TOLAK TPPA IA HANYA MENGUNTUNGKAN A.S... NEGARA MUNGKIN BAKAL DI JAJAH

Penasihat Ekonomi PAS, Dr. Rosli Yaakob mendakwa Perkongsian Trans-Pacific (TPPA) meupakan projek Amerika Syarikat (AS) yang bertujuan untuk menentukan AS menguasai perdagangan dunia.

Perjanjian itu juga katanya adalah cubaan untuk mengelirukan masyarakat rantau Pasific dengan menyatakan TPPA sebagai perjanjian perdagangan bebas untuk mewujudkan persaingan.

Sedangkan, dakwa Dr. Rosli, TPPA itu hanya akan memberi kuasa monopoli kepada AS untuk terus menguasai perdagangan dunia dengan meletakkan negara-negara peserta dlm keadaan bahaya.

Tambah Dr. Rosli, jika AS benar-benar ikhlas, rundingan itu tidak perlu dilakukan secara rahsia, selain tidak melibatkan masyarakat sivil yang telibat secara langsung dengan kesan TPPA ini.

Di pahamkn, AS turut membawa 600 wakil syarikat korporat AS bersama-sama dalam rundingan TPPA itu, sedangkan negara peserta tidak mempunyai wakil sedemikian.

"timbul keraguan apabila penglibatan mereka itu dilihat untuk mengetengahkan agenda korporat mereka, sedangkan merugikan negara-negara peserta,"

Sementara itu, beliau mengalu-alukan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menghalang kerajaan menandatangani TPPA itu.

Beliau berkata biarpun berbeza pandangan politik dengan bekas Perdana Menteri itu, ia boleh berubah apabila menyentuh soal kepentingan rakyat.

Sementara itu, mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak yang memberi jaminan untuk tidak menandatangani TPPA jika memberi kesan mudarat kepada rakyat, Dr. Rosli berkata banyak perkara yang belum diselesaikan melalui rundingan tersebut.

"Biarpun rundingan sudah memasuki pusingan ke-19 yang dikatakan pusingan terakhir, banyak antara perkara utama masih tidak selesai-selesai seperti sistem penyelesaian pelaburan (ISDS) yang memberi kuasa kepada syarikat korporat untuk tidak mengadakan perbicaraan di negara peserta TPPA jika berlaku sebarang pertikaian kelak,"

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular