Dari Catatan Sejarah Bangsa
Foto Manap Jepun.Ehsan dari Muzium Sejarah Kampung Chulaborn Patana 12 (Kampung Perdamaian Sukhirin).Terima kasih kepada Sdr.Mat Amin.
Sewajarnya kita belajar dari sejarah.Ada kalangan cerdikpandai menyebut bangsa yang buta sejarah adalah bangsa yang sesat.Sejarah bukan sekadar cerita tetapi mentakwilkan perihal pelakunya yang kita boleh mengambil sebagai contoh teladan untuk memahami dan membentuk masa hadapan.
Memang sejarah tidak pernah adil kepada pelakunya.Filsof Inggeris yang terkenal Bernard Shaw, pernah menyebut betapa sejarah ditulis oleh mereka yang menang.Dalam konteks pensejarahan tanah air,inilah yang berlaku.Catatan sejarah yang diajar kepada anak-anak kita hanya menyuapkan kegemilangan,jasa dan peranan UMNO (tanpa menjelaskan jasa itu dibudikan oleh UMNO yang ditubuhkan Mei 1946 bukannya yang diinkernasikan dalam tahun 1987) dalam memperjuangkan kemerdekaan dan kalau pun ada tentang peranan pihak lain, misalnya KMM, PKMM, API,AWAS, PKM dan lain-lain lagi,hanya ditempatkan sebagai nota kaki semata-mata.
Ertinya matapelajaran sejarah hanya berperanan untuk mendoktrinasikan anak-anak kita agar melihat UMNO yang ditubuhkan dalam tahun 1946 itu sebagai satu-satunya berjasa,mulia dan wajib ditaati.
Tulisan ini tidak berhasrat,buat masa ini,untuk berpolemiks tentang sejarah ketimbang "self-glorified" oleh UMNO;tulisan ini berdasarkan research saya sendiri berdasarkan narasumber orang-orang tua dan para pejuang Kiri di Temerloh.Bukankah Temerloh sememangnya pusat gerakan menentang penjajahan semenjak zaman Orang Kaya Semantan,Dato Bahaman lagi dan tradisi ini diteruskan selepas tamat Perang Dunia Kedua (PD-2) sehingga ada yang menggelarkan Temerloh lubuk gerakan Kiri.
Catatan saya adalah berkaitan datuk kepada Dato Seri Najib Razak yakni kisah tentang bapa kepada Tun Abdul Razak Hussien.Sebagaimana yang kita maklumi Najib Razak dilahirkan dari keluarga bangsawan feudal Melayu.Datuknya adalah Orang Kaya Indera Shah Bandar Pahang Hussien bin Mohd Taib.
Sewaktu penjajahan Jepun,Dato Hussien menjadi Penolong Pegawai Daerah (ADO) di Temerloh yang telah dijawatnya semenjak tahun 1924.Sewaktu Jepun menduduki Temerloh,maka bermulalah kisah ini yang tidak pernah dicatat di dalam mana-mana buku sejarah.

Orang Kaya Indera Shah Bandar Ke-9 Dato Hussien Bin Mohd Taib
Dato Hussien telah ditangkap oleh Kempetai Jepun atas tuduhan menjadi tali barut Inggeris.Jepun yang terkenal dengan keganasan mereka diluar perikemanusiaan akan menyiksa siapa sahaja yang ditangkap tidak kira yang ditangkap itu bersalah atau sebaliknya malah bukti juga tidak perlu cukup sekadar syakwasangka sahaja.Itulah nasib yang menimpa Dato Hussien apabila beliau ditangkap dan dibawa ke Rumah Pasung Temerloh.
Ketua Polis Jepun ketika itu dikenali dengan nama Tuan Nagai yang cukup terkenal dengan kebengisannya.Diceritaka jika ada anak-anak kecil yang nakal,maka si ibu akan memberikan amaran jika tidak dengar kata akan dihantar jumpa Tuan Nagai;malah anak-anak kecil yang merengek atau menangis pun akan berhenti merengek jika nama Tuan Nagai ini disebut.Begitulah reputasi Tuan Nagai dikalangan masyarakat orang Melayu di Temerloh ketika itu.
Maka dapat dibayangkan layanan yang diterima oleh Datok Hussien tatkala beliau dibawa ke Rumah Pasong untuk diinterrogasi oleh Kempetai Jepun.Pelbagai siksaan dikenakan terhadap Orang Besar Pahang ini tanpa henti.
Menjadi "adat" Jepun,mereka yang ditangkap akan disiksa di khalayak ramai kononnya untuk dijadikan contoh.Malah sering dikatakan,mereka yang bernasib baik ialah yang kena libasan katana,pedang samurai Jepun untuk "potong kepala" kerana tidak perlu melalui penyiksaan Jepun.
Dato Hussien disiksa di khalayak ramai.Beliau diikat di sebatang tiang di hadapan Sekolah Cina (Sekolah Rendah Khee Chee ketika ini) dan menderita disiksa Jepun dengan pukulan serta kaedah "water treatment" yang terkenal itu,yakni diberi minum berbaldi air sabun.Tidak ada walau seorang pun yang berani membantu beliau.Hanya sekadar memerhatikan dari jauh sambil didalam hati bersyukur kerana "bukan aku yang kena".
Didalam keadaan Dato Hussien mengalami siksaan dan penderitaan sebegitu rupa,rupa-rupanya ada seorang perempuan yang berhati mulia punya keberanian untuk membantu beliau dan berhadapan dengan Jepun yang zalim itu.
Wanita itu yang rumahnya berhampiran dengan Sekolah Cina tempat Dato Hussien disiksa rupa-rupanya tidak dapat menahan diri melihat penyiksaan terhadap Dato Hussien.
Wanita tersebut dikalangan orang Temerloh di panggil Wan Esah.Suaminya Aki Sewang,bekas kelasi kapal.Wan Esah ini berasal dari Jepun berkahwin dengan Aki Sewang dan dibawa menetap di Temerloh.Wan Esah dapat menyesuaikan diri dengan cara hidup masyarakat Melayu Temerloh malah khabarnya cukup fasih bercakap loghat Temerloh dengan lidah Jepun.
Perkahwinan Wan Esah dengan Aki Sewang melahirkan sepasang anak;putera pasangan ini menjadi tokoh terkenal sewaktu zaman darurat iaitu Manap Jepun,manakala puteri mereka hanya dikenali dengan namaBi.Manap Jepun memilih perjuangan bersenjata menentang Inggeris dengan menyertai Rejimen Ke-10*,PKM.Noel Barber,pengarang Inggeris yang terkenal itu,didalam bukunya War Of The Running Dog ada menyentuh tentang kisah Manap The Jap ini.
Suatu kisah yang ironi dan tragiks ialah berkenaan adik ipar Manap Jepun,suami kepada adik perempuannya,Bi,meninggaldunia di tembak gerila PKM di jalan Triang apabila bas yang ditumpanginya kenaambush.Menurut narasumber kejadian malang ini berlaku kerana mereka tidak ada maklumat tentang adik ipar Manap Jepun,jika mereka tahu,kejadian malang ini tidak akan berlaku.Narasumber saya tidak dapat mengingati nama adik ipar Manap Jepun ini.
Manakala kejadian lain yang berlaku kepada abang ipar Manap Jepun (abang kepada isterinya),juga orang Temerloh yang dikenali dengan nama Mat Zali.Mat Zali juga memilih perjuangan bersenjata menentang Inggeris.Di Pulau Tawar,berikutan tawaran menyerah diri oleh pihak Kerajaan dan kerana mempercayai janji Dato Yeop Mahidin,Mat Zali mengambil keputusan untuk keluar dan menyerah diri kepada orang kampung tersebut.Beliau keluar ke Kampung Pulau Tawar dengan membawa senjata sepucuk senapang carbine yang tidak berisi peluru dengan niat menyerah diri.
Apa yang berlaku,orang kampung kemudiannya membuat laporan kononya Mat Zali ditangkap,bukannya menyerah diri, semata-mata kerana hendak menuntut wang reward (reward money) dari Kerajaan.Mat Zali akhirnya dijatuhkan hukuman gantung oleh Mahkamah Inggeris diatas fitnah tersebut padahal beliau sebenarnya menyerahdiri dan bukannya ditangkap homeguard.
Berbalik kepada kisah penyiksaan terhadap Dato Hussien,Wan Esah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Tuan Nagai.Maka pergilah wanita mulia ini ke Rumah Pasong Temerloh mengadap Tuan Nagai yang bengis itu.Wan Esah akhirnya berjaya memujuk Tuan Nagai untuk membebaskan Dato Hussien dari tahanan dan penyiksaan Jepun.
Dato Hussien setelah dibebaskan dari penyiksaan Jepun,kembali ke Bentong.Beliau dan seluruh keluarganya,saya kira,berhutang nyawa dengan Wan Esah,ibu kepada pejuang Manap Jepun.
Catatan Kaki:Saya mula mendengar kisah ini apabila diceritakan oleh Allahyarham Pak Sako (Dr.Ishak Haji Muhammad) ketika bersembang dan merokok-Pak Sako dengan rokok rothman-di cafetaria BaktiSiswa UM dalam suatu program.Ketika itu saya tidak berapa ambil pusing.Manakala beberapa tahun kebelakangan ini semacam timbul dorongan untuk saya merekod dan menggali sejarah perjuangan bangsa.
Maka saya mendekati orang-orang lama perjuangan di Temerloh untuk mencungkil pengalaman dan sejarah silam.Ada yang saya rakamkan dengan video dan lebih banyak yang saya buat catatan sendiri.Sungguhpun demikian saya menginsafi upaya saya tersebut bukanlah bertepatan dan mematuhi disiplin kajian ilmiah atau akademiks.Cuma saya seboleh-bolehnya akan cuba "counter check" dengan narasumber lain berkenaan pengkisahan tersebut.
Manakala kisah Wan Esah ibu kandung Manap Jepun ini,saya cuba sedayaupaya untuk mendapatkan versi cerita dari beberapa narasumber;selain yang pernah disentuh sedikit oleh Allahyarham Pak Sako,saya mendapatkan cerita ini dari dua narasumber berlainan di Temerloh.Kedua-duanya memberikan naratif bukan di waktu atau tempat yang sama.
sungguhpuh demikian,saya akui tidak ada 'corroborative evidence' yakni sekurang-kurangnya catatan ilmiah yang menyokong kisah ini.Kepada saya peribadi, kisah ini punya wewenangnya sebagai sebahagian dari catatan sejarah bangsa.Pada masa yang sama saya mengalu-alukan sebarang masukan (input),komentar dan pandangan yang dapat kita manfaatkan bersama.
*Rejimen Ke-10 Partai Komunis Malaya ditubuhkan pada 21.5.1948 (sebetulnya 21.5. 1949) di Kerdau,Temerloh Pahang Darul Makmur.Keanggotaan Rejimen ini terdiri daripada anak-anak Melayu yang diketuai oleh Abdullah CD.Salahseorang anak Semantan yang menjadi pimpinan Rejimen Ke-10 ialah Abu Samah Mohd Kassim yang telah kembali ke Rahmahtullah pada 7.4.2009 yang lalu.
Sila layari blog Kampung Perdamaian Sukhirin-Kini Dan Silam di http://matamin.blogspot.com
catatan: http://matamin.blogspot.com adalah blog lama kami yang telah disabotaj dan tidak dapat dibuka hingga ke hari ini. Semua postingnya dimuat naik semula di http://matamin02backup.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment