Syiah: Kerajaan boleh bertindak jika ada bukti
YAN - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan boleh mengambil tindakan jika ada bukti empat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Lembah Klang menjadi pusat penyebaran fahaman Syiah di kalangan pelajar negara ini.
Sambil mendesak pihak yang membuat dakwaan itu mendedahkan IPTA terbabit, beliau berkata: "Soal nak tuduh mesti ada bukti. Sebab itu laporan oleh beberapa akhbar tempatan hari ini mengenai perkara itu tidak mendedahkan nama keempat-empat IPTA berkenaan," katanya semasa diminta mengulas isu itu.
Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada lebih 500 golongan kurang bernasib baik peringkat Parlimen Jerai sempena Aidilfitri di Masjid Al-Hanan, Teroi di sini, hari ini.
Jamil Khir yang juga anggota Parlimen Jerai berkata walaupun tiada bukti dalam banyak kes pihak berkuasa masih perlu menyiasat laporan perkara-perkara yang didedahkan.
"Kita tahu ada pelajar asing dari Iran dan Iraq yang menganut fahaman Syiah mengamalkan ajaran Syiah tetapi mereka sama sekali tidak dibenarkan menyebarkan ajaran itu di kalangan pelajar tempatan.
"Mereka yang melanggarnya sama ada didokong oleh Iran atau Iraq pasti diambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang untuk didakwa di Mahkamah Syariah atau Sivil. Kita telahpun melakukannya sebelum ini," kata Jamil Khir.
Katanya kerajaan berterusan menguatkuasakan undang-undang dan tidak bertolak ansur terhadap pengembang fahaman Syiah kepada umat Islam di negara ini berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Sehubungan itu, katanya, tindakan bersepadu untuk menghadapi ancaman Syiah akan dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri kerana enakmen dan akta untuk membanteras fahaman itu terletak di bawah negeri, katanya.
Menjawab soalan wartawan, beliau berkata kerajaan tidak boleh menyekat amalan pelajar asing yang berfahaman Syiah kerana ia menyentuh soal kebebasan pendidikan cuma mereka tidak boleh menyebarkannya.
Mengenai sumbangan itu, Jamil Khir berharap ia dapat meringankan sedikit bebanan golongan kurang bernasib baik dan berkemampuan membuat persediaan menyambut Aidilfitri. - Bernama
Jamil Khir denies 4 public universities disseminating Syiah teachings
Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom has refuted claims that four public institutions of higher learning in the Klang Valley are being used to spread Syiah teachings among Malaysian students.
While urging the parties making the allegation to expose the institutions, he also asked them to furnish details so that the authorities could take action.
"One must have proof in order to make accusations. But the reports by several local newspapers today on the matter did not reveal the names of the four institutions," he said when asked to comment on the issue.
He was met by reporters after handing over aid to 500 poor people in the Jerai parliamentary constituency
in conjunction with Aidilfitri, here, today.
Jamil Khir, who is also Jerai member of parliament, said although there was no proof in many cases, the authorities still had to investigate the reports. - -- BERNAMA
Sebar Syiah di IPT berlaku, kata Aspirasi
SHAH ALAM – Penyebaran fahaman Syiah di universiti awam dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) sememangnya berlaku, tetapi tiada bukti jelas dapat dibuktikan, kata Presiden Aspirasi, Mohd Shahar Abdullah.
Realiti itu katanya, tidak dinafikan tetapi sukar untuk dibuktikan memandangkan ahli Syiah bergerak secara sulit dalam kumpulan kecil.
Oleh itu, sekiranya terdapat dakwaan penyebaran fahaman Syiah berlaku, pihak universiti dan Kementerian Pendidikan perlu menangani perkara ini secara serius sebagai langkah awal mengekang perkara ini daripada berleluasa.
“Pantauan bukan sahaja terhadap mahasiswa tempatan, malah mahasiswa asing dari Timur Tengah juga tidak terkecuali.
“Kita khuatir jika tidak di pantau secara serius, penyebaran fahaman Syiah akan menular dan merosakkan golongan ini yang akhirnya membawa kesan besar kepada umat Islam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurut Mohd Shahar, kekeliruan menyebabkan golongan mahasiswa ini mudah terpengaruh dengan fahaman Syiah.
“Mereka ingin pelajari ilmu agama secara mendalam, tetapi tidak tahu perbezaan antara Syiah dan Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang menjadi fahaman umat Islam di negara ini,” katanya.
“Sebelum perkara ini lebih dominan dan membimbangkan, langkah proaktif perlu dilaksanakan,” katanya. SH
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
No comments:
Post a Comment