Monday, July 29, 2013

Sebelum mengawal internet, selesaikan masalah dwi standard kerajaan dulu

Sebelum kerajaan mencadangkan untuk mengawal internet, kerajaan harus mencermin diri apakah tindakan dwi standard mereka yang menyebabkan warga internet sering terkeliru tindakan kerajaan dalam sesuatu perkara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek baru-baru ini berkata kerajaan akan mengkaji semula kemudahan dan akses internet di Malaysia bagi mengelak sebarang kekeliruan yang timbul akibat penggunaan Internet tidak betul.

PAS melihat kenyataan menteri jauh tersasar, sama seperti orang sakit batuk diberi ubat sakit perut.

Rakyat menjadi keliru adalah akibat sikap dwi standard kerajaan dan agensi penguatkuasa yang semakin ketara. Contohnya, apabila agensi kerajaan bertindak secara cepat apabila melibatkan para pemimpin Pakatan Rakyat tapi sebaliknya lambat apabila berdepan dengan pemimpin BN.

Begitu dalam soal sensitiviti antara kaum, kerajaan dilihat cepat apabila bertindak pada pihak yang mencemuh Melayu dan Islam tapi tidak pada pihak yang mencemuh agama-agama yang lain.

Begitu juga dari sudut media, pihak kerajaan dilihat bertindak dwi standard dan tidak telus apabila tidak membenarkan sebarang peluang untuk berita negatif mengenai kerajaan mahupun berita positif mengenai pihak pembangkang disiarkan. Ini mendorong rakyat kepada penggunaan internet yang tinggi untuk menyebarkan maklumat yang lebih adil dan saksama.

Apabila rakyat tidak dapat merasai kerajaan berlaku adil kepada semua, maka akan timbul pelbagai persepsi dan tanggapan sehingga wujudnya tohmahan kepada kerajaan di internet.

Internet bukanlah punca kekeliruan dalam masyarakat berlaku. Dalam Islam, keadilan adalah perkara paling asas dituntut pada pemerintah. Kegagalan bertindak adil adalah punca rakyat bertambah keliru bukan kerana keberkesanan internet untuk menyebarkan maklumat. Menyalahkan internet tapi bukan tindakan kerajaan sendiri adalah perkara yang paling dangkal.

Rakyat perlu dididik menggunakan internet secara bertanggungjawab dan bukannya dengan mengawal akses internet.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
29 Julai 2013

Guan Eng: ancam sekat internet, cubaan jahat BN kekalkan kuasa
GEORGE TOWN, 29 JULAI: DAP menentang keras langkah BN untuk menyekat penggunaan internet yang dilihat sebagai cubaan mengekang kebebasan maklumat demi mengekalkan kuasa.

Setiausaha Agung DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng berkata, kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mendakwa penyalahgunaan internet berada pada tahap kritikal di Malaysia akibat terlampau diberi kebebasan dan tidak teragak-agak untuk menyemak semula kemudahan akses internet adalah tindakan terdesak untuk mengekalkan status quo.

Beliau menegaskan, tindakan itu juga bertentangan dengan Undang-Undang Siber dan Koridor Raya Multimedia yang menjamin tidak akan ada penapisan internet.

“Bagaimana pengharaman internet boleh membantu untuk mengelak kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada fitnah internet seperti yang dinyatakan Ahmad Shabery, terutamanya apabila terdapat ‘double standard’ dengan hanya menghukum orang yang menentang BN tetapi apabila pimpinan PR mengalami nasib yang sama dituduh sebagai fitnah.

“Ini jelas menunjukkan BN tidak memahami kemahuan rakyat yang sentiasa menginginkan kebenaran, kebebasan dan pencarian ilmu tanpa ditapis oleh propaganda, perkauman dan ideologi pelampau,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen DAP Bagan, menyifatkan langkah ke arah menyekat internet dan media sosial oleh BN itu tiada bezanya daripada kerajaan yang bercorak diktator autokratik.

“BN melihat internet sebagai satu ancaman kerana kebebasan dan kebenaran dalam internet membenarkan pembohongan, benci dan takut akan cepat terdedah.

“Sebagai contoh, BN sebelum ini memfitnah dengan mendakwa anak lelaki saya mencabul rakan perempuan sekelasnya, namun pembohongan berniat jahat itu berjaya didedahkan melalui internet, kita dapati beliau adalah juara catur Hong Kong yang tidak pernah ke Pulau Pinang, tidak pernah bertemu dengan saya atau anak saya.

“Adakah ini sebenarnya yang menakutkan BN?, takut pembohongan, kebencian dan rasuah mereka didedahkan dengan kebebasan internet?,” ujarnya.-Roketkini.com

- See more at: http://roketkini.com/2013/07/29/guan-eng-ancam-sekat-internet-cubaan-jahat-bn-kekalkan-kuasa/#sthash.u9rZqnUC.dpuf

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular