Ketua Hakim Negara Ariffin Zakaria wajar mengambil perhatian berhubung desakan Pakatan Rakyat supaya campur tangan dan menilai secara keseluruhan berhubungan penolakan beberapa petisyen pilihan raya yang dikemukakan oleh pakatan itu.
Perhatian Ketua Hakim perlu bagi mengelakkan timbul persepsi buruk rakyat kepada ketelusan mahkamah kerana jika tidak rakyat akan hilang kepercayaan dan integriti mahkamah akan terhakis.
Hal ini disebut Anwar ekoran penolakan petisyen dibuat Pakatan Rakyat hanya kerana alasan yang kecil dari segi kesalahan teknikal saja serta alasan-alasan yang tidak munasabah.
Beliau memberi contoh penolakan pestisyen Dun Seling dan Parlimen Ketereh di Kelantan dikemukakan Pakatan Rakyat hanya kerana kesalahan kecil kerana pempetisyen tidak menyerah sendiri petisyen mereka sebaliknya diwakili peguam yang dilantik.
Penolakan itu mengejutkan kerana menurut Anwar perkara itu lazim peguam yang dilantik menyerahkan petisyen bukan pempetisyen.
Begitu juga dengan alasan Hakim pestisyen di kerusi Dun dan Parlimen itu ditolak kerana tidak cukup bukti ia membingungkan. Sekali lagi alasan itu mengejutkan dan tidak kemas kerana soal bukti cukup atau tidak ia bergantung kepada proses perbicaraan kelak. Hakim tidak patut membuat penilaian terhadap fakta-fakta yang dikemukan dalam petisyen tetapi patut memberi laluan perbicaraan sepenuhnya.
Selain itu kos yang dikenakan juga tidak munasabah kerana ia terlalu tinggi yang belum pernah terjadi sebelum ini. Misalnya kos untuk petisyen Dun Telok Bahang di parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang, Hakim mengenakan kos hingga RM120,000 jumlah ini dianggap melampau yang belum pernah berlaku dalam sejarah. (Gila...)
Menurut Anwar kebiasaan kos kalau Mahkamah Tinggi antara RM5,000 hingga RM10,000 saja, manakala Mahkamah Rayuan antara RM15,000 paling tinggi pun RM30,000. Mungkin Hakim berkenaan mahu mencipta rekod dunia dalam bidang kehakiman?
Dengan penolakan itu Anwar menyisatkan ia seolah-olah ada perancangan agar petisyen itu tidak diteruskan kerana ingin mengelak berlaku perbicataan terbuka mengenai penyelewengan pilihan raya.
"Penolakan ini seolah-olah Hakim diberi tahu agar jangan memberi ruang bagi mengelakkan berlaku perbicaraan umum," kata Anwar dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Justeru Ariffin Zakaria hendaklah campur tangan agar memastikan berlaku keadilan dan rakyat perlu diberi keadilan untuk mengetahui rayuan mereka. Perkara paling penting di sini ialah kepentingan rakyat perlu didahulukan sebelum menimbang hal-hal lain yang akan boleh tercemar apabila tidak berlaku ketelusan. [wm.kl.6:18 pm 29/07/13]
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
No comments:
Post a Comment