Sunday, November 18, 2012

Sahabat Najib, Obama ulangi pendirian AS sokong Israel

Obama ulangi pendirian AS sokong Israel - Terbakor
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama hari ini mengulangi pendirian bahawa negara itu menyokong hak Israel untuk mempertahankan negaranya. 
Obama ulangi pendirian AS sokong Israel - Terbakor
Obama pertahan Israel
Pendirian itu ditegaskan Obama dalam perbualan bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang menyentuh mengenai konflik di Gaza.

“Presiden menegaskan sokongan Amerika terhadap Israel untuk mempertahankan diri dan menyatakan kekecewaan terhadap kehilangan banyak nyawa orang awam Israel dan Palestin,” kata satu kenyataan Rumah Putih.

Netanyahu yang mengambil inisiatif membuat panggilan itu juga menyatakan terima kasihnya kepada pelaburan Amerika dalam pengeluaran roket Iron Dome dan sistem pertahanan mortar Israel.

Beliau berkata, kedua-dua sistem pertahanan itu amat berkesan dalam membendung dan menewaskan serangan roket dari Gaza serta menyelamatkan banyak nyawa penduduk Israel.

Obama turut berbual dengan Presiden Mesir, Mohamed Morsi yang menyatakan kekecawaannya mengenai kehilangan nyawa penduduk Israel dan Palestin dan mahu agar krisis terbaru itu segera diselesaikan. – AFP -  Bharian -

ANDA TAHU BERAPA NAJIB BAYAR APCO UNTUK JUMPA OBAMA?

Baca SINI

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular