Monday, July 29, 2013

Duit ku kena "LEBUR" lagi!!!

KWSP labur RM2.11b beli aset di Jerman, Perancis
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melabur sehingga 500 juta euro (RM2.11 bilion) untuk membeli hartanah industri di Jerman serta pejabat di Perancis, demikian mengikut sumber rapat industri.

Pengurus dana persaraan keenam terbesar dunia itu dengan jumlah aset AS$160 bilion giat mengembangkan portfolio luar negaranya sejajar usaha untuk memberikan pulangan dividen yang tinggi kepada pencarumnya.


KWSP akan mengukuhkan lagi kerjasama sedia ada dengan Goodman Group Pty Ltd yang berpangkalan di Australia untuk menyediakan dana berjumlah 250 juta euro (RM1.05 bilion) bagi membeli tujuh hartanah industri di Berlin, Munich dan Frankfurt, demikian mengikut sumber rapat.

Pulangan sewa tinggi
Pengurus dana persaraan itu akan membelanjakan 250 juta euro lagi untuk membeli ruang pejabat utama di Paris dan meraih manfaat daripada hasil pulangan sewa yang tinggi di bandar itu, kata seorang lagi sumber rapat.

Hartanah di Bandaraya New York juga menjadi sasaran pengurus dana persaraan itu, kata sumber berkenaan.

Permintaan untuk hartanah industri semakin meningkat di kalangan pelabur global kerana hasil pulangan yang sangat tinggi berbanding pasaran bon atau pejabat dan kedai.

Pertumbuhan pesat runcit dalam talian juga menarik perhatian ramai terhadap sektor itu kerana peruncit dan pengedar mula bergantung kepada gudang bersaiz kecil atau besar.

Tinjau pasaran Eropah
“KWSP meninjau pasaran Eropah dalam tempoh tiga tahun lalu,” kata sumber kepada REUTERS.

“Mereka sudah membeli hartanah di London dan sudah biasa dengan undang-undang. Oleh itu, pilihan secara semula jadi adalah untuk memasuki Eropah itu sendiri. Pada masa yang sama juga, Bandaraya New York terus berada dalam radar,” katanya. - BH

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular