Monday, July 29, 2013

Alamak!! Hassan Ali tak Puasa?

Ada Pemimpin PAS Amal Syiah, Tak Solat Jumaat, Kata Hasan Ali.........Berat Tuduhan Ni !
Cerita dari Utusan Malaysia yang mengambil cakap-cakap dari Presiden Jati, Hasan Ali tentang ada dikalangan pemimpin tertinggi PAS amal fahaman syiah.


Hasan Ali berkata selama ini sudah ada bukti-bukti yang menunjukkan terdapat pemimpin tertinggi Pas mengamalkan fahaman Syiah.

Ada pemimpin PAS tak solat Jumaat, melakukan pelbagai taqiyyah (berpura-pura), dengan tersebarnya video kunjungan hormat pemimpin PAS tersebut ke atas rejim ganas Bashar al-Asad ketika seluruh umat Islam mengutuk keganasan Presiden Syria terhadap rakyatnya sendiri.

Hasan Ali berkata pemimpin tertinggi Pas tidak mempunyai taring dan keberanian politik untuk mengambil tindakan drastik terhadap pemimpin tersebut yang selama ini secara terang-terang menyalahi undang-undang tubuh Pas iaitu melarang mengharamkan ahli-ahlinya menganut fahaman selain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Semalam Utusan Malaysia mendakwa, dua pemimpin tertinggi sebuah parti politik dikenal pasti bertanggungjawab menyebar dan memberi sokongan politik kepada gerakan Syiah di Malaysia terutama di utara tanah air.

Rujuk : UtusanMalaysia , Di Ceduk Dari : idaman78

DAN INI KENYATAAN DARI KETUA PENERANGAN PAS
'Tiada pemimpin PAS terlibat dengan Syiah'
Tiada kepimpinanya tertinggi PAS yang terlibat dalam ajaran Syiah, kata Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Oleh itu, PAS mengecam tindakan media arus perdana yang cuba memberikan bayangan sebaliknya," kata beliau dalam kenyataan media beliau hari ini.

Menurutnya, hubungan beberapa pemimpin PAS dengan negara yang mengamalkan Syiah tidak wajar dianggap sebagai bukti bahawa parti itu mempunyai pemimpin dengan fahaman yang sama.

"Tindakan beberapa orang pimpinan parti yang mempunyai hubungan peribadi dengan pimpinan Iran atau gerakan Islam Timur Tengah seperti Hizbullah bukan bermakna mereka pengikut Syiah.

"Jika begitu, bagaimana pula dengan mereka dan kerajaan yang mempunyai hubungan dengan Zionis Yahudi?" tegasnya.

PAS juga percaya soal itu adalah isu akidah yang tidak perlu dipolitikkan bagi "menyerang pihak lawan untuk keuntungan politik".

"Cubaan jahat untuk mengaitkan pimpinan PAS dengan ajaran Syiah hanyalah usaha musuh-musuh PAS bagi memecahbelahkan parti terutama menjelang pemilihan parti pada November ini," katanya lagi.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 25 Julai lalu mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

Sehari selepas itu, menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu termasuk pemimpin politik dan pertubuhan yang masih mengamalkan ajaran syiah. mk

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular