Monday, July 29, 2013

“Mother Teresa” Sabah

Sabah, negeri berhampiran Sarawak yang kaya dengan hasil balak tetapi turut dicemari gejala rasuah. Seperti negeri jirannya, Sabah juga mengundang cerita kepada pesalah lakunya.

Kecuali sekali pada minggu lalu, semasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah ketika memanggil Yahya Yacob.

Bila RCI mendengar bagaimana lelaki itu membuat perubahan kepada ribuan anak pendatang haram di Negeri Di Bawah Bayu itu, seorang ahli suruhanjaya, Tan Sri Herman J Luping, berkata Yahya mengingatkannya pada Mother Teresa.

Inkuiri itu memanggil kira-kira 200 saksi sejak bermula pada Januari lalu.

Lapisan pertama cerita ini bermula lapan tahun lalu semasa Yahya kembalin ke kampung halamannya di Tawau dari London bersama isteri Mat Salehnya selepas semua anaknya sudah besar.

Beliau memberitahu The Malaysian Insider semalam “Saya tanya Arsum kenapa kanak-kanak di sini tidak ke sekolah dan dia berkata kerana kanak-kanak itu tiada sebarang dokumen pengenalan diri maka mereka tidak boleh mendaftar di sekolah bantuan kerajaan.

“Saya terkejut bila mengetahui kanak-kanak ini membesar tanpa sebarang pendidikan asas. Saya mengambil keputusan untuk bertemu ketua kampung bagi mencari jalan penyelesaian.

Dalam masa singkat, Yahya memeterai perjanjian dengan ketua kampung bagi mewujudkan sekolah untuk kanak-kanak itu. Beliau memulakan niatnya di sebuah dewan orang ramai usang.

“Kami membaiki dewan itu dan memberi kemudahan tandas untuk murid-murid. Kami berjaya mendapatkan bekalan air untuk dewan itu dan dua orang guru yang dibayar gaji RM600 setiap seorang.

“Empat tahun pertama adalah waktu yang sukar bagi mengawal bajet untuk pembinaan dan memastikan sekolah berjalan lancar,” katanya.

Kemasukan pertama pada 2005 melihatkan 30 pelajar mendaftar. Hari ini lebih daripada 500 pelajar menuntut di sekolah itu.

Yahya berkata kos pengurusan sekolah itu menelan belanja kira-kira RM5,000 sebulan yang sebahagisn besarnya bagi membayar gaji lima orang guru.

“Kita-kira RM50 diperuntukkan untuk lain-lain perbelanjaan termasuk untuk membeli buku dan alatulis untuk pelajar,” katanya yang menambah sekolah mengenekan bayaran RM10 sebulan.

“Namun jika sebuah keluarga menghantar tiga orang murid, kami hanya meminta RM20 spaya tidak terlalu membebankan mereka.”

Beliau berkata purata sekolah mengumpul RM3,000 sebulan daripada yuran pelajar dan turut menerima sumbangan RM1,000 sebulan daripada seorang penyumbang. Jika ada kekurangan, beliau sendiri yang menampungnya.

Beliau bertuah kerana isteri dan anak-anaknya menyokong usahanya bagi memastikan anak-anak di situ mendapat pendidikan asas bagi membantu mereka berdikari.

Yahya bertemu dengan isterinya Marie Westwood semasa menuntut di England dan berkahwin pada 1974. Tiga anak mereka kini berusi sekitarv 20-an dan 30-an.

Sewaktu Yahya berusia 18 tahun, beliau menuju ke Birmingham bagi menduduki peperiksaan A-Level sebelum menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Psikologi dan Politik di University Salford di Manchester.

Selepas tamat belajar pada 1975, beliau kembali ke Sabah dan bekerja di syarikat pembalakan sebelum menyertai kerajaan.

Pada 1986, Yahya kembali ke Birmingham bersama isteri dan tiga orang anaknya. Sementara mencari kerja, beliau menyertai Pusat Sumber Islam sebagai sukarelawan.

14 tahun lalu, Yahya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung setelah membesarkan anaknya dan menamatkan pengajian di England.

Namun, setahun lalu setelah mencuba lapan tahun, Yahya akhirnya mendapat lesen secara sah bagi membuka sekolah di Kampung Nelayan Likas. Beliau menamakannya Madrasah Al-Hikmah.

Yahya telah melihat hasil yang diusahakan selama ini.

“Suatu hari semasa saya menuju ke pasaraya tempatan di Kota Kinabalu, seorang pengawal keselamatan menarik beg saya dan memanggil saya ‘Datu’.

“Dia bertanya sama ada masih mengenalinya. Tidak lama kemudian saya ingat lelaki itu.

“Saya tersentuh bila dia mengucapkan terima kasih kerana mengajarnya semasa kecil dahulu sambil berkata saya telah merubah hidupnya.”

Yahya yang kini mempunyai tiga orang cucu memberitahu beliau turut mendapat dari kawasan setinggan lain di Kota Kinabalu bagi mewujudkan sekolah di sana supaya kanak-kanak di sana turut mendapat pendidikan.

Yahya berkata: “Saya tidak mahu bercakap dari sudut politik tentang pendatang asing. Ini isu kemanusiaan dan kita harus memandang serius hal tersebut. - 28 Julai, 2013. TMI

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular