Monday, June 10, 2013

Seniwati LATIFAH OMAR Meninggal Dunia


Seniwati Latifah Omar sebelum ini dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) setelah menjalani pembedahan akibat penyakit ulser.

Pelakon veteran berusia 74 tahun itu dimasukkan ke wad setelah mengadu sakit perut dan mengalami muntah-muntah pada Khamis 29 Mei lalu sebelum dibawa ke hospital.

Presiden Seniman, Zed Zaidi juga telah mengesahkan berita ini melalui laman twitter miliknya. Filem pertama lakonan Allahyarham Latifah Omar ialah Panggilan Pulau arahan P. Ramlee pada tahun 1954. Beliau memulakan karier seninya dalam bidang lakonan sejak berusia 16 tahun dan turut berlakon di samping Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Beliau sudah berlakon lebih daripada 20 buah filem antaranya Raden Mas, Serangan Orang Minyak, Hang Jebat dan Lanchang Kuning. Pada 1953, Latifah juga dinobatkan sebagai ratu cantik Singapura.

Al-Fatihah

Latifah Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Latifah Omar merupakan seniwati filem Melayu hitam-putih yang terkenal pada era 1950-an hingga 1970-an. Pada tahun 1953, beliau telah mencuba nasib dengan menyertai pertandingan ratu cantik Singapura ketika itu. Tuah menyebelahi beliau apabila memenangi gelaran tersebut. Pelbagai tawaran pekerjaan ditawarkan kepada beliau kesan daripada kemenangannya itu. Sebelum tahunnya berakhir, beliau telah menghadirkan diri untuk pertandingan ratu cantik Singapura edisi 1954 dengan memberi mahkota kepada pemenang baru ketika itu iaitu MARJORIE WEE. Selepas itu, beliau telah memilih untuk melibatkan diri dalam bidang lakonan.
Filem Panggilan Pulau (Julai 1954) merupakan filem pertama lakonan Seniwati Latifah Omar. Pada masa itu beliau baru sahaja berusia 16 tahun dan telah diberi peluang berlakon disisi pelakon-pelakon yang hebat pada masa itu antaranya P. Ramlee,NormadiahNordin AhmadDaeng IdrisYusof LatifA. RahimSaleh KamilS. Samsudin,Siti Tanjung PerakOmar RojikS. Kandarisman dan kemunculan pertama di layar perakIbrahim Pendek.
Selepas itu beliau berlakon dalam filem Merana (November 1954). Beliau sering digandingkan dengan seniman Nordin Ahmad antaranya seperti dalam filem Gurindam Jiwafilem Lanchang Kuning dan filem Cucu Datuk Merah

Meninggal dunia[sunting]

Beliau telah meninggal dunia pada 9 Jun 2013 kira-kira pukul 6.19 petang Waktu Piawai Malaysia di Pusat Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia setelah dimasukkan ke HUKM seminggu sebelumnya akibat kanser usus.[1]

Filem[sunting]

  1. Panggilan Pulau (Julai 1954)
  2. Merana - (November 1954)
  3. Menyerah - (1955)
  4. Serangan orang Minyak - (1958)
  5. Selendang Delima - (1958)
  6. Bawang Putih Bawang Merah - (1959)
  7. Raden Mas - (1959 )
  8. Che Mamat Parang Tumpul - (1960)
  9. Filem Hati Batu - (1973 )
  10. Filem Putus Sudah Kasih Sayang - (1971 )
  11. Filem Gurindam Jiwa - (1966 )
  12. Filem Naga Tasik Chini - (1966 )
  13. Filem Cinta Kasih Sayang - (1965 )
  14. Filem Ikan Emas - (1965 )
  15. Filem Kalung Kenangan - (1964 )
  16. Filem Wan Perkasa - (1964 )
  17. Filem Rumah Itu Dunia Aku - (1963 )
  18. Filem Cucu Datuk Merah - (1963 )
  19. Filem Chelorong Cheloreng - (1962 )
  20. Filem Laila Majnun (1962) - (1962 )
  21. Filem Lancang Kuning - (1962 )
  22. Filem Sumpitan Racun - (1961 )
  23. Filem Hang Jebat - (1961)

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular