Saturday, June 11, 2011

PAS terus bergerak, UMNO terus berarak

PAS sudah seminggu menyempurnakan muktamar tahunannya. PAS sedang bergerak untuk melaksanakan segala keputusan yang diputuskan dalam muktamar itu. Kita sedang menjadikan isu kepada hanya satu perkataan iaitu ‘negara berkebajikan’. Isu ‘negara berkebajikan’ itu sedang menjadi gendang untuk pihak BN mengambilnya sebagai isu yang sedang diperdagangkan untuk mendapat sokongan rakyat.

Kita masih lagi mengambil membidas dan memandang usaha pihak lain untuk mendapat sokongan, bukannya dari usaha yang menyedapkan selera rakyat. Di dalam usaha melaksanakan kehendak Islam maka PAS telah memilih jalan untuk menjadikan negara sebagai negara berkebajikan jika mendapat mandate dari rakyat. Kebajikan rakyat merupakan komponan besar di dalam usaha untuk mengaddinkan kehidupan kita kerana Islam itu sendiri adalah cara hidup..

PAS tahu yang ini akan menjadi isu yang akan digembar-gemburkan oleh musuh politiknya tetapi PAS sudah terlalu biasa dengan kutukan serta penghinaan pihak musuhnya itu, jadi isu negara berkebajikan yang dimainkan oleh musuh politiknya merupakan satu lagi isu yang digunakan untuk meraih sokongan sambil berharap rakyat akan menolak PAS di dalam pilihanraya itu. Itu biasa dalam politik dunia ketiga ini.

Tetapi saya merasakan rakyat telah pun membuat keputusan. Yang telah mengambil keputusan menyokong PAS dan sekutunya tetap akan menyokong PR. Kepada mereka yang menyokong kita tetap akan menyokong kita. Keputusan nampaknya
‘predictable’ tetapi yang akan menentukan pihak yang akan berjaya ialah kumpulan yang Duduk Atas Pagar (DAP),dan kebanyakan di antaranya ialah dari kumpulan pengundi muda terutamanya yang akan mengundi buat kali pertamanya.

‘Connectivity’ dengan kumpulan ini merupakan usaha yang wajib bagi kedua-dua belah pihak kerana kepada rakyat yang telah mengundi beberapa kali dalam hidup mereka keputusan sudah puan diambil pihak mana yang akan mereka sokong.

BN yang selama ini mendapat sokongan dari pengundi Melayu didesa-desa di pantai Barat semenanjung ini. Bagi pengundi di desa-desa di pantai timur PAS merupakan parti yang lazim mendapat sokongan. Bagi pengundi-pengundi berumur di desa-desa di pantai barat yang lazimnya memberikan sokongan kepada BN kini sudah berkurangan kerana ramai yang telah meninggal dunia dan tidak lagi mengambil tahu untuk mengundi.

Kita terperangkap dengan PAS terang-terangan. PAS sedang berurusan untuk membuat lantikan pemimpin-pemimpin yang perlu dilantik termasuk pesuruhjaya negeri-negeri dan PAS tidak pun mengambil pot terhadap apa yang diperkatakan oleh pihak kita tentang isu negara berkebajikan itu. 

PAS telah berjaya membuatkan kita tertari-tari mengikut gendang yang dipalu olehnya. PAS kata pusing kebelakang kita pun pusing, dan apabila PAS kata kita melompat kita pun melompat. PAS memainkan muzik kita pun terus menyanyi dan menyanyi.

PAS telah berjaya untuk bertempur di dalan zon luar dari kawasannya dan strategi ini nampaknya memberikan keuntungan besar kepada PAS. Sampai bila pimpinan kita menggunakan isu negara berkebajikan ini tidak siapa yang tahu. Lama-lama kita akan letih menarikan lagu-lagu yang dimainkan oleh PAS. Orang ramai memerhatikan sahaja lonjak dan tari kita sambil tersenyum simpul. 

Akhirnya kita tidak terperanjat jika UMNO akan secara tidak sedar berkedudukan defensive sentiasa dan tidak ada masa untuk melakukan tindakan balas ke atas apa yang dilakukan oleh PAS.

Seperkara yang PAS sangat berjaya ialah untuk membawa pemimpin kita untuk kegelanggang mereka untuk bercakap tentang agama.
Bercakap tentang agama ini merupakan ‘forte’ PAS yang kuat dan PAS sangat bergembira untuk membawa Najib bercakap tentang isu agama. Selalunya kita akan terperangkap jika kita memainkan isu ini.

Kita mulai bercakap tentang theori serta topik yang melibatkan hanya isu fardhu ain sedangkan PAS sudah keluar kepada
isu addin sebagaimana yang agama kita di asaskan. PAS telah berjaya membawa perkara yang sangat besar di dalam agama, iaitu mengambil isu negara berkebajikan sebagaimana yang di tuntut agama kita. 

Justru pimpinan kita telah menyatakan yang UMNO memang sudah lama melaksanakan usaha untuk negara berkebajikan. Mahu tidak mahu kita wajar mengakui yang UMNO memang telah lama melaksanakan negara berkebajikan (welfare state) itu.

Tetapi apabila kita begitu ‘engross’ menjawab isu negara berkebajikan, UMNO tidak mempunyai masa untuk melakukan usaha untuk membuang persepsi sebagai parti yang rasuah dan salah guna kuasa. UMNO boleh mengaku yang selama ini pun konsep welfare state itu memang telah terlaksana oleh UMNO/BN.

Tetapi apa pun yang diakui oleh UMNO/BN ini, untuk membuang persepsi buruk ini bukanlah satu tugas senang, kerana persepsi rasuah itu bukannya melekat kepada parti tetapi melekat kuat kepada individu-individu pemimpin di dalam UMNO itu. Isu pemimpin UMNO yang menuduh PAS telah lari dari perjuangan asalnya tidak menjadi kerana stigma buruk yang terlekat kepada batang tubuh UMNO itu sendiri.

Rakyat mempunyai ‘apprehension’ yang tinggi untuk memberikan dukongan kuat terhadap UMNO itu maka pengundi tetap memilih welfare state yang baru hendak dilaksanakan oleh PAS dan meninggalkan welfare state anjuran UMNO yang telah disaluti dengan stigma yang negatif yang melekat kepada UMNO itu.

Kalau jatuh UMNO dalam pilihanraya nanti, masalah dan penyebabnya bukan UMNO tetapi kerana manusia yang memimpin dan memandu parti itu. Masalah yang kita hadapi ini ialah masalah kemanusiaan, bukannya masalah parti.

Jika kita anolojikan UMNO sebagai sebuah pesawat, UMNO merupakan engin dan pesawat yang baik serta bermutu. Tetapi kenapa pesawat itu jatuh juga? Jawapannya ialah kerana ‘human error’. Pesawat itu jatuh kerana kelemahan dan kesilapan pemandunya yang cuai dan tidak tahu hendak memandu pesawat itu kearah yang betul. Walaupun pesawat itu menggunakan jenama baik yang sama tetapi pesawat ini merupakan pesawat baru yang di daftarkan pada 1988 dahulu. Pesawat ini baru berumur 23 tahun sahaja dan tidak sepatutnya jatuh terhempas.

Pesawat yang masih baru ini jika terhempas juga, terhempasnya ialah kerana ‘human error’ seperti yang saya nyatakan sebentar tadi. Pemandu yang sepatutnya memandu mengikut ‘operating procedure’ yang ditetapkan telah memandu dengan mengikut kehendak dan keinginan peribadi sendiri…..ditambah pula dengan penumpang-penumpang yang berada di dalam pesawat itu tidak mengikuti ciri keselamatan yang penting di dalam penerbangn itu.

Lambat laun pesawat itu akan terhempas juga jika di benarkan pemandu yang sama untuk mengendalikan penerbangan it terus-terusan dan dibawa pula penumpang-penumpang yang tidak mengikuti ciri-ciri keselamatan yang betul. Selalunya pemandu-pemandu pesawat yang tidak mengikuti ‘operating procedure’ yang ketat itu ‘will be grounded’ untuk mengelakan pesawat itu jatuh terhempas. - Aspan Alias

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular