Sunday, July 10, 2011

Bersih 2.0 : Kebangkitan Rakyat dan KeEGOan Kerajaan

Gambar Hisan
Kebangkitan RAKYAT pelbagai kaum menuntut RAJA RAJA MELAYU dan YDP AGUNG melihat kekejaman pihak polis yang menggunakan kekerasan kepada RAKYAT yang berhimpun menuntut HAK secara aman. Layanan mesra oleh pihak berkuasa menyambut RAKYAT dengan cota, gari dan semburan gas.


Biarkan UTUSAN dan MEDIA PENIPUnya dengan angka 5 & 6 ribunya.. biarkan puak UMNO-BN berkata BERSIH TIADA SAMBUTAN, biarkan KPN menipu secara terang terangan, yg pasti mereka yg ada di sana sahaja yg tahu jumlahnya! Kita para PEJUANG telah membuktikan gelombang BERSIH 2.0 gagal disekat!


RIBUAN POLIS dikerah siang malam tanpa henti untuk menyekat kemaraan RAKYAT. Walaupun dukacita ramai yang tersekat di LUAR Kuala Lumpur, di DALAM hotel sekitar Kuala Lumpur, di jalan jalan raya sekitar PINGGIR Kuala Lumpur, tapi atas semangat dan perjuangan yang bukan bersifat peribadi, mereka yang sedia ada di Kuala Lumpur mara tanpa berpaling lagi. Puluhan ribu manusia membanjiri Kuala Lumpur membawa harapan RAKYAT MALAYSIA. tanpa sebarang UPAH wang ringgit, dengan risiko yang boleh membuatkan hidup merana, mereka tetap mara kehadapan!

Apabila sudah disekat 'gila-gilaan', ugutan, surat pekeliling, tangkapan dalam & luar KL, tetapi rakyat masih BOLEH berkumpul seramai ini di beberapa lokasi, ini menandakan tahap MAHA SERIUS utk pemerintah TIDAK EGO, buka telinga & hati utk berubah. Perubahan itu pasti baik utk semua termasuk pemerinth itu sendiri. Kerajaan responsif akan disayangi rakyat. Tanpa gangguan spt di atas, jumlah easily boleh mencecah 2 juta orang!. Apalah gunanya ego sgt jika akan ke kubur juga nanti. TIADA PEMERINTAHAN YANG KEKAL DIDUNIA...



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular