Sunday, July 10, 2011

Pertambahan Luar Biasa Pengundi Baru di Selangor: Daripada 15 000 kepada 71 000


[WarkahDaily]  Dilaporkan jumlah pertambahan pengundi di Selangor yang dikeluarkan oleh SPR pada suku pertama tahun ini terlalu ramai sehingga 71,000 orang. Pertambahan jumlah pengundi itu melampaui jumlah pendaftaran biasa pengundi baru di Selangor yang paling ramai hanya berjumlah 15,000 orang.
PAS Selangor telah mengemukakan bantahan terhadap peningkatan pengundi yang terlalu ketara itu kepada SPR Selangor di Shah Alam akhir April lalu, namun sehingga kini SPR masih belum diberikan tindakan sewajarnya.Selangor merupakan negeri termaju di Malaysia dan merupakan tulang belakang perkembangan ekonomi negara. 
Dalam pilihanraya umum ke 12 yang lepas, Selangor tumbang kepada Pakatan Rakyat (PR) menyebabkan Umno-BN Selangor tidak keruan sehingga terpaksa melantik presiden Umno-BN pusat, Datuk Seri Najib untuk mengetuai Umno-BN Selangor.Dikhabarkan sebelum ini, Najib bertindak ’membakar’ semangat pemimpin dan ahli Umno-BN Selangor agar berusaha sedaya upaya untuk merampas kembali Selangor daripada PR.Najib menyebut, Umno-BN perlu guna segala jenis ’senjata’ termasuk guna pengundi luar (rakyat asing) sebagai pemilih untuk rampas negeri Pakatan Rakyat dan kekalkan kuasa sedia ada. Baca di sini.
Tak mustahil, tindakan yang sama turut dilakukan Umno-BN untuk merampas Selangor seperti yang dilakukan Umno di Terengganu dalam usaha merampas Terengganu dari PAS pada PRU Ke-11 tahun 2004 lalu. Baca di sini. 
Selagi SPR membisu, semakin bertambah keyakinan yang badan pengurus pilihanraya itu berusaha memberi kemenangan mudah kepada Umno-BN dalam pilihanraya akan datang. SPR dilihat terlampau menyebelahi Umno-BN dalam usaha parti pemerintah itu kekal berkuasa.
 P/s: Antara sebab BERSIH diadakan!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular