Kehadiran PATRIOT hampa - mampukan mereka membentuk persepsi kekuatan sebagaimana BERSIH
Selama hampir 1 minggu setelah dimaklumkan bahawa BERSIH akan berarak – berhimpun di Kuala Lumpur, PATRIOT yang menjadi kempen untuk Pemuda UMNO mula mengambil langkah untuk apa yang dikatakan menunjuk kekuatan mereka untuk mendesak BERSIH menghentikan niat berhimpun.
Khairy Jamaluddin bersama EXCO PEMUDA UMNO sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan kempen PATRIOT untuk mencabar BERSIH. Namun hakikat mencabar BERSIH ini seolah-olah tidak mendapat sambutan Pemuda UMNO sendiri maka yang hadir dengan berani hanyalah segelintir pemuda. Keadaan ini menjadikan Pemuda UMNO di bawah Khairy Jamaluddin dikatakan gagal mendapat sokongan Pemuda UMNO sendiri – malah UMNO sendiri dikatakan tidak bersetuju dengan PATRIOT.
Sungguhpun PM Najib berkata bahawa pada 9hb Julai 2011 lepas – UMNO hanya menghantar jaringan pemudanya sahaja – namun apa yang kita lihat Pemuda UMNO sendiri tidak sepakat dengan PATRIOT. Cabaran Patriot untuk berdepan dengan BERSIH akhirnya menjadikan BERSIH itu popular sehingga puluhan ribu hadir berbanding dengan PATRIOT.

Adakah Khairy gagal? Atau memang benar Pemuda UMNO sebenarnya sedang bernafas dalam lumpur dan kempen Patriot mereka hanya memberi gambaran yang berbeza mengenai kekuatan Pemuda. Apa pandangan ada melihat cabaran Patriot ini. - umno-reform2
No comments:
Post a Comment