Sunday, July 10, 2011

Tembelang Pecah : Tangkapan Khairy Hanya Sandiwara

Perkecil perhimpunan Bersih, Najib kata Umno tak takut pilihan raya adil

KUALA LUMPUR, 10 Julai — Datuk Seri Najib Razak pagi ini memperlekeh dan mengetepikan impak Himpunan Bersih 2.0 yang diadakan semalam dengan menegaskan, Umno pimpinannya tidak bimbang untuk mengadakan pilihan raya bersih.


Dalam ucapannya yang berkobar-kobar dan lantang di hadapan 6,000 ahli Umno, badan bukan kerajaan dan pertubuhan silat, Perdana Menteri (gambar) memperkecilkan kehadiran penyokong Bersih 2.0 semalam sambil mengatakan bahawa Umno sebenarnya boleh mengatasi Bersih 2.0 sekiranya mereka meneruskan perhimpunan jalanan.

Bersih 2.0 membatalkan perhimpunan jalanan selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Selasa lalu dan janji Najib bahawa mereka boleh mengadakan perhimpunan di stadium jika mahu.

“Jangan ragui kekuatan kami. Umno ada tiga juta ahli. Jika kami dapat himpunkan sejuta ahli, ia lebih daripada cukup, kami boleh menawan Kuala Lumpur.

“Jika kami hendak mencetuskan huru-hara, kami boleh. Tetapi kami mahu mempertahankan undang-undang Malaysia, kami mahukan keamanan,” kata Presiden Umno pada perhimpunan yang diadakan di Dewan Merdeka, PWTC sehari selepas Himpunan Bersih 2.0, kempen yang dilihat menjadi ujian kepada pentadbiran beliau.

Ucapan Najib, yang menjadi perdana menteri dan presiden 27 bulan yang lalu, berkisar pada perhimpunan Bersih 2.0 dan tuntutan gabungan itu agar diadakan satu pembaharuan pilihan raya yang adil dan bersih.

Semalam, Pergerakan Pemuda Umno juga mengadakan perhimpunan balas memprotes Bersih 2.0 atas nama gerakan “Patriot”.

Najib berkata meskipun Bersih 2.0 menjanjikan kehadiran 500,000 orang tetapi tidak sampai 10,000 orang yang menyertai perhimpunan semalam.

Seperti semalam, beliau juga mengucapkan tahniah kepada mereka yang tidak menyertai perhimpunan itu dengan menyifatkan pihak berkenaan sebagai “majoriti senyap.”

“Ini sebahagian daripada kekuatan Umno, kami menghimpunkan 6,000 ahli di sini hari ini dalam tempoh yang singkat . . . mereka menunggu isyarat, mereka bersedia untuk melakukan apa sahaja,” kata Najib kepada pemberita selepas itu.

Dalam ucapannya, Najib juga mengucapkan terima kasih kepada setiap yang hadir pada majlis yang dikenali sebagai “Majlis Penerangan Perdana” dengan berkata pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan termasuk pertubuhan silat bersedia untuk mempertahankan negara sehingga titisan akhir darah.

“Jika anda sebut atau persoal mengenai Islam, mereka akan bangkit,” katanya.

“Jangan (menyebabkan) kami memulakan demonstrasi jalanan. Semalam, kami hanya menghantar sayap Pemuda Umno, diketuai oleh Khairy Jamaluddin untuk mewakili (kami),” kata Najib dengan disusuli laungan sokongan kepada ketua sayap itu.
Kesemua pemimpin kanan Umno termasuk timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan setiausaha agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hadir.

“Anda tidak mahu Wanita Umno pergi ke jalanan, jika tidak kami juga telah bertindak begitu,” kata Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kepada Najib pada sidang media yang diadakan itu.

Najib juga berkata, kerajaan sangat serius untuk memperbaiki proses pilihan raya semasa dan salah satu bukti ialah memperkenalkan sistem biometrik.
Juster kata Najib, pentadbirannya mengamalkan demokrasi tulen.

“Umno tidak bimbang (mengadapi) pilihan raya adil,” kata Najib. -TMI

Ulasan GB

Ternyata kini, dari ucapan Najib sendiri bahawa Khairy yang sebelum ini dilaporkan membatalkan penyertaan untuk berdemonstrasi mengubah keputusan di saat akhir, menyertai protes terhadap Himpunan BERSIH 2.0 semalam.

Rupa-rupanya ada ada perencanaan licik dan didedahkan sendiri oleh Najib hari ini:

"Semalam, kami hanya menghantar sayap Pemuda Umno, diketuai oleh Khairy Jamaluddin untuk mewakili (kami),”

Patutlah masing-masing dari kalangan Patriot termasuk Khairy seperti "berlakon" ditahan. Berposing lagi untuk sesi penggambaran. Akulah wira jalanan!

Najib bertempik hari ini, konon tak takut pilihanraya adil. Jika demikian kenapa takut dengan tuntutan BERSIH?

Semua tidak lupa, pada tahun 1999, Najib Tun Razak cuma mampu menang kerusi Pekan dengan majoriti 241 undi. Itupun, dalam keadaan ada 2400 undi POS yang 95% pergi pada BN. Ertinya, selepas 1999, Najib lebih layak dikenali sebagai "Wakil Pos" berbanding "Wakil Rakyat".

Selepas kemenangan tipis beliau, secara tiba-tiba Kem Batu 6 Jalan Gambang dipindah dari Parlimen Kuantan kepada Parlimen Pekan tanpa apa-apa sebab yang munasabah.

Hasilnya Najib menang gemilang selepas 1999 dengan majoriti 26464 undi (2004) dan 22922 undi(2008)bagi kerusi Parlimen Pekan (P85).

Cumanya, Allah SWT Maha Berkuasa. Dengan berpindahnya Kem Batu Enam Gambang, PR berjaya menang di Parlimen Kuantan.

Antara tuntutan BERSIH adalah "PENGHAPUSAN UNDI POS SAMA SEKALI."

Jadi, tidak hairanlah Najib Tun Razak sangat takut dengan gerakan BERSIH. Kalau dihapuskan undi pos, nescaya Najib akan kembali balik kepada zaman kegelapan 1999 di mana beliau hanya mampu menang tipis 241.

Jelasnya, tanpa undi pos, harapan Najib mengekalkan kerusi PEKAN adalah tipis. Atas sebab itu, Najib Tun Razak habis-habisan menentang BERSIH. BERSIH bakal membersihkan beliau dari kerusi Parlimen Pekan (P85)


p/s Eh itu kes campur-adukkan lawatan rasmi ke Kazashtan dengan urusan peribadi untuk merisik perkahwinan anaknya, Najib dan Putrajaya belum jawab lagi.

Penggunaan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan Perdana Menteri dan rombongannya untuk merisik perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak di Kazakhstan yang salah dan amat menjelekkan nampak Najib mendiamkan diri.


“Jangan ragui kekuatan kami. Umno ada tiga juta ahli. Jika kami dapat himpunkan sejuta ahli, ia lebih daripada cukup, kami boleh menawan Kuala Lumpur. Jika kami hendak mencetuskan huru-hara, kami boleh. Tetapi kami mahu mempertahankan undang-undang Malaysia, kami mahukan keamanan,”



Saya ingat Presiden UMCO ini sedikit insaf dengan sambutan luar biasa protes rakyat semalam, rupa-rupanya dalam gerun dan takut, dia terpaksa menunjuk angkuh di depan ahli UMCO dan ahli persatuan silat.

Selain ahli PERKASA, kita tidak nampak pun ahli silat yang dikepalai Omardin. Batang hidung Omardin pun tidak nampak semalam. Dalam ucapannya tempoh hari (sambutan Persatuan Seni Silat Lincah), Omardin mahu melancarkan perang terhadap BERSIH 2.0 dan menjadi benteng kepada kerajaan!
banglapatriot
Realitinya, hanya sekitar 200-300 ahli UMCO yang turun. Itupun banyak orang yang meraguinya. Ada yang mendakwa, ada kalangan peserta PATRIOT semalam bukan ahli UMCO. Ada juga yang mendakwa pesertanya diupah. Lebih menarik, ada orang yang mendakwa peserta PATRIOT bertempiaran lari apabila hujan mula turut di lokasi mereka berkumpul. - DCM

Baju percuma?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular