MAMPUKAH rejim menipu rakyat selama-lamanya? Sebelum Perhimpunan BERSIH 2.0 digambarkan bahawa BERSIH membawa fahaman Komunis, BERSIH mempunyai agenda untuk melakukan huru-hara apabila kununnya ketemu beberapa bilah parang dan molotov cocktail (di dalam botol mineral?) dan bermacam lagi propaganda rejim sekutu Apco.
Paling bacul apabila rejim mendakwa bahawa Perhimpunan BERSIH pada 09 Jul itu semata-mata untuk menyelamatkan seorang insan bernama Anwar Ibrahim. Amat melucukan juga apabila pencacai membawa isu perkauman dengan mendakwa BERSIH di bawah Datuk S. Ambiga seorang India berugama Hindu berjaya memperkudakan pemimpin-pemimpin dan penyokong Pembangkang dari golongan Melayu Islam.
Setelah BERSIH 2.0 berjaya dengan cemerlang pada 09 Jul yang lalu, terkedu rejim yang zalim ini apabila agenda mereka gagal samasekali. Mereka gagal membuktikan bahawa sepanjang perhimpunan tersebut ditemui senjata merbahaya atau bom digunakan oleh para peserta perhimpunan. Mereka hanya berjaya membuktikan bahawa pihak mereka menggunakan senjata merbahaya seperti gas pemedih mata atau bom asap dan juga semburan air kimia. Video di atas bukan video hitam putih atau pun dibuat di Siam telah membuktikan segala-galanya.
Dakwaan kununnya perhimpunan tersebut adalah untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang yang amat mereka geruni itu ternyata jauh meleset. Sepanjang perhimpunan tersebut, tiada sepatah pun nama Anwar disebut. Hanya laungan Takbir, Selawat, laungan BERSIH dan reformasi yang kedengaran di merata pelusuk Ibu Kota. Memang SPR memerlukan reformasi, itulah agenda BERSIH. Malahan Anwar menjadi mangsa begitu juga dengan Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi Awang dan beberapa pimpinan yang lain termasuk Pengerusi BERSIH sendiri, Datuk S. Ambiga.
Tuduhan bahawa Datuk S. Ambiga seorang India yang berugama Hindu memperkudakan Pembangkang adalah satu tuduhan yang datang dari orang yang sakit hati dan dengki mungkin juga bengap otaknya. Ketika BERSIH 1.0 dahulu tahun 2007, pemimpin BERSIH adalah seorang Melayu berugama Islam iaitu Syed Shahir. Puak sekutu Apco ini tetap juga menentangnya dan peserta perhimpunan pada ketika itu tetap dibelasah dan disakiti. Ertinya, bukan kerana Datuk S. Ambiga memimpin BERSIH, tetapi adalah kerana BERSIH merupakan satu badan yang berjuang untuk menggagalkan penipuan mereka. Mereka mahu terus berkuasa untuk menyapu segala harta di muka bumi negara ini untuk diri, keluarga dan kaum kerabat serta kroni mereka.
Malangnya, sifat zalim mereka ini dibantu oleh mereka yang kita harapkan menjadi benteng keselamatan di negara tercinta ini. Imej PDRM kini menjunam teruk ketika seorang KPN dikatakan mempunyai pengetahuan dan kelulusan agama yang tinggi memegang tampuk kuasa. Rupa-rupanya ilmu agama yang tinggi belum menjamin seseorang itu tidak menjadi zalim atau pengikut Sang Penguasa yang zalim.
Menonton video di atas, kita merasakan BERSIH 2.0 yang lalu bukan yang terakhir. Tiada noktah untuk perjuangan selagi kebenaran dan keadilan tidak tercapai. Benarlah kata pimpinan, menyekat kebangkita rakyat yang mahukan keadilan umpama menyekat turunnya air dari puncak gunung. /wfauzdin.blogspot.com Paling bacul apabila rejim mendakwa bahawa Perhimpunan BERSIH pada 09 Jul itu semata-mata untuk menyelamatkan seorang insan bernama Anwar Ibrahim. Amat melucukan juga apabila pencacai membawa isu perkauman dengan mendakwa BERSIH di bawah Datuk S. Ambiga seorang India berugama Hindu berjaya memperkudakan pemimpin-pemimpin dan penyokong Pembangkang dari golongan Melayu Islam.
Setelah BERSIH 2.0 berjaya dengan cemerlang pada 09 Jul yang lalu, terkedu rejim yang zalim ini apabila agenda mereka gagal samasekali. Mereka gagal membuktikan bahawa sepanjang perhimpunan tersebut ditemui senjata merbahaya atau bom digunakan oleh para peserta perhimpunan. Mereka hanya berjaya membuktikan bahawa pihak mereka menggunakan senjata merbahaya seperti gas pemedih mata atau bom asap dan juga semburan air kimia. Video di atas bukan video hitam putih atau pun dibuat di Siam telah membuktikan segala-galanya.
Dakwaan kununnya perhimpunan tersebut adalah untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang yang amat mereka geruni itu ternyata jauh meleset. Sepanjang perhimpunan tersebut, tiada sepatah pun nama Anwar disebut. Hanya laungan Takbir, Selawat, laungan BERSIH dan reformasi yang kedengaran di merata pelusuk Ibu Kota. Memang SPR memerlukan reformasi, itulah agenda BERSIH. Malahan Anwar menjadi mangsa begitu juga dengan Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi Awang dan beberapa pimpinan yang lain termasuk Pengerusi BERSIH sendiri, Datuk S. Ambiga.
Tuduhan bahawa Datuk S. Ambiga seorang India yang berugama Hindu memperkudakan Pembangkang adalah satu tuduhan yang datang dari orang yang sakit hati dan dengki mungkin juga bengap otaknya. Ketika BERSIH 1.0 dahulu tahun 2007, pemimpin BERSIH adalah seorang Melayu berugama Islam iaitu Syed Shahir. Puak sekutu Apco ini tetap juga menentangnya dan peserta perhimpunan pada ketika itu tetap dibelasah dan disakiti. Ertinya, bukan kerana Datuk S. Ambiga memimpin BERSIH, tetapi adalah kerana BERSIH merupakan satu badan yang berjuang untuk menggagalkan penipuan mereka. Mereka mahu terus berkuasa untuk menyapu segala harta di muka bumi negara ini untuk diri, keluarga dan kaum kerabat serta kroni mereka.
Malangnya, sifat zalim mereka ini dibantu oleh mereka yang kita harapkan menjadi benteng keselamatan di negara tercinta ini. Imej PDRM kini menjunam teruk ketika seorang KPN dikatakan mempunyai pengetahuan dan kelulusan agama yang tinggi memegang tampuk kuasa. Rupa-rupanya ilmu agama yang tinggi belum menjamin seseorang itu tidak menjadi zalim atau pengikut Sang Penguasa yang zalim.
No comments:
Post a Comment