Thursday, July 14, 2011

polis cipta konspirasi baru


KUALA LUMPUR: Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendakwa polis mencipta konspirasi baru untuk dikaitkan dengan parti itu berhubung penahanan enam aktivisnya di bawah Ordinan Darurat.
Setiausahanya, Arutchelvan berkata, dakwaan itu berdasarkan soal siasat yang dilakukan tiga unit polis iaitu siasatan ibu pejabat polis daerah (IO), D6 Jabatan Siasatan Jenayah dan Pasukan Cawangan Khas Bukit Aman.
Menurutnya, mereka menggunakan pelbagai teknik untuk soal siasat, bahasa kesat, pendekatan lembut dan keras, menanam ketakutan, penderaan (dipaksa berdiri untuk 7 jam) serta melagakan satu ahli dengan ahli yang lain.
Harakahdaily melaporkan PSM bimbang enam tahanan itu dipaksa menandatangani beberapa dokumen yang tidak diketahui isi kandungannya.
Presiden PSM, Dr Mohd Nasir Hashim turut hadir pada sidang media yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina tengahari tadi.
Awal Julai, Polis menahan enam individu termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr. Jeyakumar Devaraj di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969.
Mereka adalah 30 ahli PSM yang  ditangkap  ketika dalam perjalanan menghadiri program parti itu ‘Udah La Tu… Bersaralah’ pada 26 Jun lalu, menjelang himpunan Bersih 2.0. KD

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular