Monday, July 11, 2011

Panas !!!! Kelompok ini adalah BANGANG!!!!!

Wira Baru Muncul"Ketika saya menulis artikel tentang filem INVACTUS dan EVEN THE RAIN, saya telah menekankan bahwa kerajaan Barisan Nasional tidak perlu takut kepada DS Anwar Ibrahim, TG Haji Hadi, TG Nik Aziz atau pun Lim Guan Eng Atau Lim Kit Siang kerana akan muncul beberapa nama yang tidak dikenali sebelum ini yang akan memimpin rakyat dalam menghadapi pemerintah yang zalim.


Jika sebelum ini, nama AMBIGA tidak dikenali oleh rakyat Malaysia, kini seluruh rakyat MALAYSIA mengenali nama AMBIGA. Jika sebelum ini, ramai rakyat Malaysia hanya mengenali Datuk A.Samad Said sebagai Seniman Negara, kini seluruh rakyat MALAYSIA mengenali Datuk A. Samad Said sebagai Pejuang Negara. Jika sebelum ini tiada siapa yang mengenali Allahyarham Baharuddin Ahmad, kini rakyat MALAYSIA mengenali beliau sebagai WIRA BERSIH 2.0.

BERSIH 2.0 yang diharamkan oleh Hishamudin tanpa alasan yang kukuh kerana BERSIH 2.0 adalah satu program/kempen bukannya satu Pertubuhan dan jika BERSIH 2.0 itu haram maka 1 Malaysia juga adalah HARAM kerana tidak ada Pertubuhan 1 Malaysia yang diwar-warkan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Bagi saya, para pemimpin kerajaan, jabatan-jabatan kerajaan dan juga pegawai-pegawai atasan pasukan keselamatan berserta editor kanan media tempatan adalah  terdiri daripada kelompok manusia yang BANGANG

Saya menyatakan bahawa kelompok ini adalah BANGANG kerana sejak dari awal lagi mereka-mereka inilah yang berkokok tentang BERSIH 2.0. Sebelum ini, BERSIH 2.0 hanya dikenali oleh penyokong pembangkang sahaja tetapi dengan kokokan mereka, SATU MALAYSIA mengetahui tentang BERSIH 2.0. 

Bila si BANGANG menyatakan bahawa BERSIH begini BERSIH begitu, ramai orang mula mencari dan mengambil tahu apa itu BERSIH. Dengan kemudahan maklumat dihujung jari (INTERNET), rakyat tahu bahawa BERSIH 2.0 merupakan satu kempen untuk menuntut reformasi pilihanraya di Malaysia. 

Kalau puak-puak BANGANG ini berdiam diri perihal BERSIH ini maka tidak ramai yang mengetahui tentang BERSIH. Bila puak BANGANG ini mengharamkan BERSIH, maka lebih ramai yang ingin menghadiri program ini. 

Kita boleh lihat bila Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan JOM HEBOH, makin ramai yang mengunjungi JOM HEBOH. Sudah menjadi lumrah manusia, bila haram lebih disukai. Sama juga dengan JUDI, bila haram untuk orang ISLAM, ada juga yang nak berjudi sampai sanggup berpakaian baju melayu dan bersongket beratur di kedai nombor ekor.

Jawatankuasa BERSIH 2.0 bukanlah anti kerajaan kerana Datuk AMBIGA merupakan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia sebuah badan yang diiktiraf di Malaysia dan di dunia. 

Beliau juga pernah diberi penghormatan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton dengan pemberian “International Women Of Courage Award” berserta lapan yang lain dan anugerah itu merupakan satu penghormatan kepada Malaysia.
Kenapakah setelah beliau mengetuai BERSIH 2.0, puak-puak BANGANG ini menganggap beliau sebagai pengkhianat Negara? 

Apa salah AMBIGA apabila beliau mengetuai satu kempen untuk kepentingan rakyat MALAYSIA? Apa salah AMBIGA apabila menuruti nasihat DYMM YDP Agong untuk tidak berhimpun dijalanraya dan menggunakan stadium seperti yang disarankan oleh Najib? 

Sebelum bertemu YDP Agong, AMBIGA dianggap penderhaka kepada Agong kerana tidak mahu menerima tawaran Najib dan nasihat Agong. Apabila diminta Stadium Merdeka, puak-puak BANGANG ni pula  memberi pelbagai alasan BANGANG kononnya ini pertubuhan haram dan Stadium Merdeka perlu dijaga kerhormatannya.

Ketika Mahathir nak merobohkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara untuk pembangunan, puak-puak BANGANG ni tidak pula bercakap tentang kehormatnya dan nilai-nilainya. Hanya Parti Pembangkang dan NGO-NGO sahaja yang bangun menentang rancangan Mahathir itu. Kalau tidak, Stadium Merdeka dan Stadium Negara akan menjadi sejarah sama seperti Penjara PUDU yang hancur ditelan puak BANGANG. Negara-negara lain berjuang untuk mengekalkan warisan sejarah, puak-puak BANGANG di Malaysia pula berjuang untuk menghapuskan warisan sejarah.

Memang wajar, BERSIH 2.0 memohon untuk berhimpun di Stadium Merdeka kerana motif utama himpunan BERSIH adalah untuk meminta agar pilihanraya yang lebih telus dan adil. Jika puak-puak BANGANG  menganggap BERSIH diresapi oleh pembangkang, pastilah pembangkang akan menyokong BERSIH kerana mereka beranggapan pilihanraya tidak BERSIH. 

Kenapa puak-puak BANGANG ini yang mengatakan bahawa mereka adil dan SPR itu adil tidak berani berdebat secara terbuka dengan AJK BERSIH tanpa melibatkan pihak pembangkang. Puak-puak BANGANG ini hanya berani bercakap di belakang kelambu sahaja.

Sebenarnya, bumi MALAYSIA adalah merupakan bumi bertuah kerana kita memiliki 50,000 orang yang sanggup kehadapan untuk Negara. Mereka-mereka yang hadir di perhimpunan semalam adalah mereka-mereka yang amat cintakan Negara. 

Sekiranya berlaku anasir-anasir jahat untuk menghuru-harakan Negara bukan bermotifkan politik seperti ancaman komunis atau serangan dari Negara luar, sudah pasti 50,000 orang ini lah yang akan mula hadir untuk mempertahankan Negara.

Janganlah mengharapkan pada PATRIOT yang terpaksa memberi baju percuma kepada orang ramai termasuk mat bangla dan mat Pakistan untuk mempertahankan Negara.
bangla umnobanglapatriot
Janganlah mengharapkan PERKASA yang sudah menjadi PERKASAM untuk mempertahankan Negara. Presiden PERKASAM pun semalam menyorok belakang pintu dalam rumah sendiri. Kalau boleh AMAH INDON nak dijadikan ahli PEKASAM.
Jangan diharap kepada kumpulan Silat. Kalau Mahagurunya berkurung bawah selimut, macam mana nak mempertahankan Negara. Zaman sekarang bukan zaman HANG TUAH, main silat-silat… Datang water canon larilah pesilat-pesilat. Silat sekarang ni Cuma layak untuk dapat pingat di sukan SEA atau ASIA saja.

Bagi anggota-anggota POLIS, kebencian rakyat kepada anda ada sebabnya. Saya boleh menerima kalau polis tahun 60an atau polis tahun 70an melakukan aksi-aksi begini kerana kalau dahulu untuk menjadi seorang polis, cukup dengan kelayakan darjah 6 atau SRP. Polis sekarang mesti memiliki SPM dan berpelajaran. Takkanlah POLIS sekarang tidak membaca internet tentang semua isu semasa. Tapi kalau dah KPN dan Timbalannya BANGANG, maka tak hairanlah anak-anak buahnya ikut BANGANG.

Satu lagi fakta yang perlu puak BANGANG ini ketahui, jika perhimpunan BERSIH semalam benar-benar bermotifkan untuk menjatuhkan kerajaan MALAYSIA, sudah pasti hanya AJK  BERSIH sahaja yang hadir. Tetapi dengan kekejaman yang dilakukan semalam, saya tidak hairan jika himpunan selepas ini jika dibuat boleh mencecah ratusan ribu orang. Sesungguhnya, ramai orang diluar sana yang hanya tunggu dan lihat. Jika keadaan memaksa, sudah pasti ramai yang akan turun ke padang.

Kepada Angkatan Tentera Malaysia, cubalah elakkan diri untuk bertembung dengan rakyat kerana sehingga kini rakyat masihlah menghormati Tentera. Janganlah anda menjadi seperti POLIS yang kini menjadi musuh pada rakyat.
Kepada KEPALA SEMUA BANGANG, NAJIB, jangan sesekali membangkitkan kemarahan rakyat dengan ucapan-ucapan BANGANG anda kerana kalau rakyat bangkit anda yang susah.

Kepada Pencacai-pencacai puak BANGANG pula, cukup-cukuplah ulasan anda. KEBANGANGAN anda makin terserlah dalam ulasan anda. Macam ulasan Mamat tadi di TV 3 suku kononnya ekonomi Negara lumpuh dan mengambil masa 6 bulan sehingga 1 tahun untuk pulih disebabkan perhimpunan semalam. 

Hakikatnya ekonomi Negara akan pulih setelah Pakatan Rakyat memerintah dengan melaksanakan pemerintahan yang telus dan berhemat bukannya seperti kerajaan yang ada sekarang.

Bagi Datuk AMBIGA, Datuk A.Samad Said dan juga Allahyarham Baharuddin Ahmad, anda adalah wira-wira baru Negara Malaysia. Saya yakin seluruh rakyat Malaysia yang inginkan keadilan dan demokrasi di Malaysia akan mendoakan semuga Roh Allahyarham akan ditempatkan dikalangan orang-orang yang mulia. Al-Fatihah…… DD

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular