Saturday, July 16, 2011

Bongkar, makcik Suriati boleh undi dua kali!


SEPERTI biasa, seperti pendedahan yang lepas-lepas di MiLo SuaM, satu lagi penyelewengan yang berlaku di dalam sistem daftar undi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR dibongkarkan.

Kali ini melibatkan seorang makcik bernama Suriati Binti Mohd Saleh yang memegang kad pengenalan lama bernombor 1204652. Apa yang menariknya, makcik ini memiliki dua nombor kad pengenalan baruiaitu, 480613105880 dan 480513105568.

Tambah menarik makcik ini memiliki dua alamat tempat tinggal iaitu di Kampung Melayu, Batu Arang Timur, Kuang, Selayang Selangor dan satu lagi di sebuah kilang papan beralamat KILANG PAPAN LOH HONG, Batu Arang Timur, Kuang, Selayang Selangor.




Kilang papan siapalah agaknya yang jadi tempat tinggal makcik ni ye? Anda boleh mengesahkan sendiri kesahihan maklumat ini di website rasmi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR klik sini [daftar pemilih]. Ini membuktikan bahawa makcik Suriati ini boleh mengundi sebanyak dua kali. Sebab tulah rakyat Malaysia menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0 di ibu negara tempoh hari.

Sebab itulah juga salah satu tuntutan BERSIH ialah meminta SPR menggunakan dakwat kekal di jari agar orang seperti Makcik Suriati ini tidak boleh mengundi lebih dari sekali. Perhimpunan BERSIH 2.0 yang meminta pilihanraya yang bersih dan adil, diputar belitkan jadi perhimpunan haramlah, komunislah, kristianlah. Bengong!

ReJaM© "Jika SPR terus buat bodoh, nantikan BERSIH 3.0!"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular