Monday, July 11, 2011

Timbalan Menteri tempelak "Sikap Pemimpin BN"

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah (gambar) mengakui "banyak perkara yang perlu diperbaiki" oleh BN ekoran perhimpunan Bersih 2.0 semalam.

Ketika bercakap kepada laman web The Malaysian Insider semalam, Saifudin berkata, kerajaan sepatutnya mengkaji cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagaimana cara menangani perhimpunan aman.

"Dalam konteks perhubungan politik, kita perlu perbaiki banyak," kata Saifudin yang juga anggota Parlimen Temerloh itu.

Beliau bersetuju perhimpunan di stadium adalah lebih baik berbanding dengan di jalan raya namun dia tidak bersetuju dengan pandangan mudah bahawa "jika berlaku dijalan raya ia akan kecoh, kerana banyak juga perhimpunan di jalan raya berjalan dengan aman."

Perhimpunan Bersih 2.0 pada asalnya adalah perhimpunan aman untuk menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agung bagi memohon agar pilihan raya diadakan dalam keadaan bersih dan adil.

Karat Ejau


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular