KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kastam yang disiasat bersama Allahyarham Mohd Sarbaini Mohamad memberitahu, beliau dipukul ketika dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Pada hari sebelum saya dibebaskan, saya sakit dan terpaksa dibawa ke klinik.
“Sebelum saya dihantar ke lokap, sepatutnya kenyataan saya dicetak. Dalam perjalanan, saya dipukul dari belakang. Ada seseorang yang memukul kepala saya. Saya tidak dapat melihat siapa atau tidak tahu mengapa saya dipukul,” kata Abdul Rahim Abdul Kadir seperti dilapor Malaysiakini.
Manakala portal malaysianinsider pula melaporkan, ketika dalam tahanan, Rahim turut mendakwa dipaksa membuat pengakuan menerima rasuah dan dilarang
bersolat ketika disiasat.
bersolat ketika disiasat.
“Pegawai-pegawai (SPRM) bercakap dengan suara yang tinggi dan menengking ke arah saya, malah mengugut saya agar saya boleh membuat pengakuan,” katanya
pada inkues kematian Allahyarham Sarbaini.
pada inkues kematian Allahyarham Sarbaini.
Ketika disiasat, Abdul Rahim juga mendakwa mendengar jeritan ketika beliau disoal siasat di dalam sebuah bilik.
“Saya tidak boleh ingat bila, tetapi ada (kedengaran) jeritan dan bunyi kuat di bilik sebelah ketika mereka merakamkan kenyataan saya sehingga saya tidak
boleh dengar (apa-apa),” katanya lagi.
boleh dengar (apa-apa),” katanya lagi.
Rahim, adalah saksi ke-24 yang dipanggil oleh inkues yang diketuai majistret Aizatul Akmal Maharani yang bertindak sebagai koroner.
Inkues yang masuk hari kesembilan ini adalah untuk menentukan punca kematian Sarbaini yang dijumpai tidak bernyawa di gelanggang badminton tingkat lima di
bangunan SPRM di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada 6 April lalu.
bangunan SPRM di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada 6 April lalu.
Sarbaini ditahan bersama Rahim, 41, pada 1 April ketika operasi membanteras gejala rasuah di kalangan pegawai kastam dan kargo yang dinamakan Operasi 3B.
Pegawai kastam kanan itu dilaporkan ke pejabat SPRM pada 6 April lalu bagi menukar pengakuan yang dibuatnya pada 4 April. KD
No comments:
Post a Comment