Thursday, July 14, 2011

PANAS!!! Video Penafian dari KDN???

ImagePersepsi – menangani BERSIH seakan memusuhi rakyat?
Urusan “damage control” semakin tersasar dalam isu BERSIH 2.0 Persoalan mengenai penggunaan gas pemedih mana ke atas Hospital Tung Shin kini memperlihatkan 11 doktor dari Hospital Tung Shin menyanggah kenyataan pihak polis serta menteri yang menafikan bahawa pihak polis tidak melepaskan gas pemedih mata ke atas Hospital tersebut.
Doktor yang terlibat mengatakan bahawa tindakan polis adalah tidak wajar – melepaskan gas pemedih mata yang melibatkan kawasan hospital.
Polis menafikan dan KDN  akan mengeluarkan video – untuk menafikan persoalan Hospital Tung Shin dan juga keganasan polis. KDN perlu segera bertindak sebelum spekulasi dan persepsi mula terbentuk memandangkan video-video dari pihak yang menyokong tindakan BERSIH 2.0 sudah mengeluarkan rakaman mengenai insiden BERSIH 2.0 tersebut. Ramai wartawan yang hadir dan wakil www.umno-reform2.com turut hadir untuk membuat liputan di sana.
Ingin kami di www.umno-reform2.com jelaskan bahawa kami sendiri memerlukan penafian konkrit dari KDN mengenai isu Hospital Tung Shin dan isu keganasan polis. Ini perlu dilaksanakan segera dan kami cadangkan semua wakil media – yang hadir diberi penerangan sejelas mungkin berserta video-video bagi menafikan tuduhan yang berlaku. UMNO juga bagi saya perlu membuat post-mortem mengenai cara menangani isu ini oleh pihak polis dan peranan yang dimainkan oleh media serta NGO Pro UMNO yang sebenarnya menimbulkan kesulitan bagi UMNO.
www.umno-reform2.com percaya beberapa kesalahan asas wujud dalam membincangkan langkah-langkah bila berdepan dengan isu BERSIH serta sepatutnya mula menilai semula siapa yang menjadi pakar rujuk UMNO untuk isu ini. Apa yang terjadi akhirnya kejayaan pembangkang menimbulkan – membentuk persepsi bahawa menangani isu BERSIH adalah seakan mengambil tindakan memusuhi rakyat. Dengan tegas www.umno-reform2.com mahu menyatakan – mereka yang terlibat menjadi pakar rujuk kerajaan dan UMNO untuk belajar lebih lanjut lagi – mengenai cara menangani isu seperti ini – fikiran ortodoks mereka menyusahkan UMNO. - umno-reform2
PS : Mana Video Penafian dari KDN???
Bukti 1
Bukti 2


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular