Pernah jumpa orang bodoh? Ya korang mesti pernah jumpa banyak kali samada secara langsung ataupun secara tak langsung. Kali neh aku nak membidas hujah bodoh dari zulfikar yang mungkin rasa bodoh selepas membaca fakta neh. Apa yang dihujahkan oleh zulfikar, bukan fakta tetapi auta. Auta tidak boleh menjadi fakta hanya semata2 kerana dia beranggapan bahawa ianya fakta.
Seseorang harus membuka minda dan membaca pelbagai sumber sebelum membuat analisa. Tak pernah tidak aku taksub kepada sesiapa pun cuma kali neh ada seseorang yang emailkan aku minta tolong balas hujah zulfikar. Bukan kepentingan sangat pun untuk dibalas kerana kata2 nya penuh auta. Aku percaya hanya totok umno je akan percaya tetapi mungkin aku boleh jawab dan sesiapa boleh paste di nota facebook sebagai counter attack kepada auta yang disampaikan oleh zulfikar neh.
Ini ialah pendapat aku berdasarkan kepada pembacaan aku dalam pelbagai sumber TEKS sejarah <-- bila aku cakap PELBAGAI itu bermaksud aku membaca PELBAGAI sumber samada daripada kerajaan hingga lah kepada orang yang bebas politik.
Hujah Zulfikar.
A) untuk pengetahuan adik-adik yang baru nak berekspresi dengan sifat rebellious, Peristiwa berdarah 13 mei 1969 pada mulanya pun bukanlah satu rusuhan, sebaliknya ia adalah perarakan kemenangan oleh kaum cina yang merayakan kemenangan DAP di Penang dan KL. Perarakan kemenangan ini pada mulanya bermula dengan aman tanpa sikit pun campurtangan dari pihak polis, tentera mahupun RELA, tetapi ia mula menjadi rusuhan kaum apabila peserta perarakan mula dihantui emosi dan hasutan. Orang cina mula melambai-lambaikan penyapu melambangkan mahu menyapu kaum Melayu keluar dari KL dan Penang, dan mereka mula memaki hamun Melayu dengan perkataan 'babi' dan 'anjing'... bila masing-masing dah mula sentap maka masing-masing akan mula mencetuskan provokasi.Hasil dari provokasi maka berlakulah keganasan dan rusuhan yang akhirnya membuatkan negara tidak aman dan diisytiharkan darurat. <-- Sejarah mana yang tulis macam neh? Ya betul sejarah umno yang tulis, ikut kepala hotak umno yang melakukan pendoktrinan minda bagi menyematkan rasa benci orang melayu kepada kaum cina. Ayat ini tidak tepat.
Yang menang besar di PP ialah GERAKAN bersama DAP dan bukan nya DAP semata2. GERAKAN akhirnya masuk menjadi salah satu parti komponen BN. Cerita sebenar peristiwa 13 mei daripada orang yang tiada kuasa, pangkat, harta dan kepentingan sebaliknya semata2 mahu menjaga nilai sejarah ialah berbeza.
Punca rusuhan itu sendiri ialah daripada maklumat palsu yang disebarkan oleh umno yang memainkan sentimen perkauman. Apabila orang2 melayu dengar sudah tentu lah mereka menjadi panas, disebabkan mendapat maklumat palsu, akibatnya ramai orang cina telah dibunuh. Konon nya sebelum itu orang cina telah membunuh seorang melayu di jalan [maaf lupa nama tempat tersebut] dan ianya disebarkan secara meluas pada ketika itu. Kesan nya orang cina dan melayu bermusuhan.
Sehingga satu tahap orang cina nak keluar rumah pun takut. Peristiwa 13 mei ialah peristiwa berdarah orang cina dan rakyat malaysia kerana orang cina ramai terkorban pada hari itu. Peristiwa 13 mei juga membuktikan kepada kita dan Allah swt bahawa umno akan berbuat apa sahaja demi kuasa. Kita manusia mungkin mereka [umno] boleh tipu, tetapi ingatlah Allah swt mereka tak boleh tipu. Tak kira sekuat mana dan selama mana pun mereka melakukan pendoktrinan dan penipuan melalui teks "sejarah" yang bukan mengisahkan "Sejarah" mereka tetap tak mampu lawan kuasa Allah swt.
Bagi mereka yang mencintai kebenaran, mereka akan dapat. Hidayah datang kerana kita mencari. Allah swt tak suruh ko duduk bergolek dan tunggu hidayah datang. Pergi berjalan cari maklumat, rapati pakcik, makcik, atuk, opah, kenali mereka, salam, sayang, berkawan dan amek cerita lama dari mereka.
Dengar sendiri pandangan orang2 tua neh macam mana peristiwa 13 mei berlaku. Ko mungkin akan dapat pelbagai pandangan. Ada yang cakap cina penyebab, ada yang akan cakap umno penyebab, tak kesah semua tue yang penting ko akan dapat tahu rupanya 13 mei ada memiliki version yang lain. Yang berbeza dan yang tidak diceritakan oleh buku teks umno.
B) BERSIH 1.0 tidak berjalan dengan aman <-- Ia berjalan dengan aman. Mudah. Jika zulfikar berpendapat bahawa ia berjalan dengan tidak aman, maka aku hanya perlu menyangkal dakwaan dia dan cakap ia berjalan dengan aman.
Ia tidak akan menjadi tidak aman berdasarkan pandangan zulfikar semata2 dan tidak akan menjadi aman berdasarkan pandangan aku semata2, ia hanyalah pandangan yang mewakili suara individu. Sesiapa boleh bercakap tetapi faktanya orang yang mengikuti perhimpunan itu lebih tahu. Untuk rekod, bersih 1.0 tidak disertai oleh aku.
C) Dah bagi peluang serah memorandum depan DYMM SRPD Agong, tak serah pulak, suruh buat kat stadium Shah Alam taknak pulak, Hari tu aku rilek je tengok Pakatan Rakyat buat rapat umum dekat Stadium tu, siap solat hajat lagi kat stadium melawati ramai-ramai, berpuluh ribu datang, takda pulak polis kacau, boleh pulak buat dalam stadium aman damai, takda pulak jadi beruk atas Jalan raya.Sekali Ambiga keluar arahan, terus jadi bengap ikut membabi buta demo atas jalan? ini nak serah memorandum ke nak provok memetik-metik biar jadi rusuhan? "alaaa terus terang je kan senang, malu malu pulak, terus terang je, dah memang nampak dah apa kehendak Ambiga and the gang tu." <-- Kita mahu lakukan penyerahan memo secara beramai2 pada hari tersebut bagi membuktikan kehendak rakyat malaysia adalah mahu membersihkan SPR. Ambiga boleh memilih untuk menyerahkan sendiri tetapi mereka akan cakap bahawa ini ialah kemahuan ambiga semata2 dan bukan mewakili pandangan rakyat.
Jika kita menghadiri pada hari penyerahan memo dan spr melihat keazaman rakyat, maka mereka akan faham bahawa majoriti rakyat memang mahu ops-bersih spr. Ibarat lidi. Satu lidi akan mudah dipatah. Satu orang akan mudah di abaikan oleh spr. Kalau seberkas lidi? Kalau sejumlah besar majoriti rakyat malaysia? Adakah SPR mampu duduk berdiam diri goyang kaki? Nampaknya tidak, kerana iklan demi iklan kini mula dikeluarkan bagi menunjukkan bahawa SPR bersih. Sadis bukan?
Lokasi tidak pernah menjadi masalah, di mana pun kita nak berhimpun ialah hak kita termasuklah stadium merdeka kerana kl ialah kawasan pembangkang. Adakah hujah neh masih tidak difahami mereka? Kita boleh berkumpul di melaka dan terengganu sekalipun asal kita mahu kerana rakyat malaysia tidak pernah tidak ada halangan untuk memasuki mana2 kawasan bagi tujuan perhimpunan.
Jadi orang fikiran kena matang. Ada hujah kena selari dengan relevan. Relevan nya stadium merdeka ialah kerana perarakan jalanan mengikut cadangan asal ialah di kl. Pembatalan demo jalanan kl dan mengantikan nya di stadium merdeka relevan kerana asalnya ia di kl tetapi di jalan, dan ia masih di kl tetapi di dalam stadium. Yang mana akhirnya kerajaan tetap halang samada di jalan ataupun di stadium sambil melangkaui titah Agong.
A) kalau anda cakap macam ni, samada anda ni bodoh atau anda ni memang dilahirkan takda bakat jadi ahli politik.Manusia jika buat apa yang dia suka, dia tidak akan merasa ia membebankan dan menyusahkan, sebaliknya akan rasa seronok, tiadanya rasa panik dan kegusaran akan berlakunya letupan molotov cocktail dan adengan polis-pukul-kepala-orang-dan orang-sepak-kepala-polis.B) Kalau korang gunakan analogi bodoh mcm ni, menunjukkan korang tak sensitif, apa kata bila setiap kali korang buat kenduri kahwin depan rumah yg halang jalan raya tu, aku datang dengan 3000 orang depan khemah kenduri tu aku buat demonstrasi? amacam? korang bengang tak bila perancangan dan event kedamaian tu diganggu oleh demonstrasi jalanan?Kalau korang berlatih silat atau taekwando..Tokguru korang lempang muka, sepak perut korang, dah tentulah korang tak sakit hati sebab itu kehendak hati dan korang nak enjoy the situation, tapi cuba korang tengah duduk senang lenang tengok Maharajalawak, aku datang lempang muka korang laju-laju..agak-agak korang sakit hati tak? apa bendalah cakap tak pakai otak. <-- Benda neh takde hujah langsung. 1. Ada atau tiada bom petrol yang ditemui? Owhh polis dah jumpa awal2? Habis tue mereka tak boleh siapkan yang baru ka? Heh. Takde. Citer tue pun dah berhenti.
Perkahwinan ka apa ka itu memang bukan salah bersih. Yang membatalkan ia adalah polis, bukan kami. Event = tempat lain. Demo = tempat lain. Berbeza tempat = boleh dilakukan secara serentak dengan kerjasama dan pemantauan pihak polis. Polis boleh bagi arahan apakah jalan yang peserta demo patut ikut kerana kita sudi berkerjasama.
Kita sudah banyak kali berjumpa polis dan meminta polis menetapkan laluan buat peserta demo agar kami tidak mengangu orang awam dan kelancaran lalulintas. Hah apa? Taktahu? Laaa.. lainkali BACA. Ya betul BACA semua sumber. Jangan ingat aku tak beli utusan dan berita harian walaupun aku pro pembangkang. Kalau orang lain boikot, aku tak pernah boikot. Aku mempunyai sudut pandangan yang berbeza.
Yang mana utusan ialah suratkhabar dan buletin utama ialah paper dan rancangan yang aku mesti tonton dan baca. Kenapa? Hanya dengan membaca fitnah sahaja baru aku boleh menyangkal fitnah dan menjelaskan kebenaran. Mengelak daripada melihat apa yang disampaikan utusan dan BU sia2 kerana aku mahu membaca dan menilai bagaimanakah otak orang umno neh berfikir dan bertindak selepas itu aku akan atasi ia.
A) Demonstrasi jalanan tu berapa ratus ribu orang yang datang? paling hebat pun depan jalan pudu yang blogger2 excited duk cakap 50ribu orang, aku tengok tak sampai pun 20 ribu. adakah so called 50 ribu orang ini mewakili 27juta suara majoriti rakyat Malaysia? B) Baik takyah pilihanraya, asal tak puas hati je perang, tak puas hati je gerila, tak puas hati je demo tiap-tiap minggu kat KL. <-- Kalau anda duduk di depan tv dan mendengar apa yang orang katakan, maka lebih baik anda pergi bunuh diri sebab lepas neh anda akan masuk syurga. Ya, benar percaya cakap saya. Hah, apa? Tak percaya.
Bab bunuh diri ko taknak percaya plak? Bab lain ko nak percaya pula? Adakah ko melihat demo itu sendiri? Adakah ko menyertai demo itu? Adakah ko berada di kelompok pendemo? Ko tidak menyertai ia sekalipun. Ko malahan tidak tahu apa yang dilalui oleh kami tetapi ko menceritakan testimoni ko untuk dijadikan panduan? Apakah itu?
Seseorang yang belum pernah memandu kereta tetapi pongpangpongpang citer pasal bahaya memandu kereta? Apakah itu? Ko boleh je pergi demo tetapi tidak perlu bersama bersih. Menjadi penganalisa dan memerhati. Apa sahaja pandangan ko selepas itu akan di anggap relevan kerana ko berada di lokasi kejadian.
Apa sahaja ulasan "jujur" ko adalah benar berdasarkan sudut pandangan ko kerana ko ialah testimoni'ear. Selagi ko bukan testimoni'ear maka apa2 sahaja pandangan ko memang tak boleh pakai. Pergi dulu, tengok, perhatikan, rakam, berbual, siasat, tak boleh ka? Pandangan blogger itu relevan kerana mereka ada di sana.
Pandangan ko tak relevan kerana ko tiada di sana. Andai papa gomo ada kat sana pun, pandangan dia masih relevan kerana apa? Kerana dia ada di sana. Dia tengok dan dia tahu. Samada dia nak tulis kebenaran ataupun penipuan segala bagai adalah hak dia. Tetapi seseorang yang TIDAK berada di LOKASI kejadian tidak boleh berhujah tentang sesuatu perkara berdasarkan kepada pandangan yang berpihak.
Ko memetik pandangan yang berpihak kepada kerajaan dan ko hujah kan bahawa ia adalah pandangan rakyat. Ko patut cakap rakyat yang pro kerajaan baru tepat. Bukan ko tak mampu menyiasat apa yang berlaku pada hari itu tetapi ko memilih mengharapkan kepada orang lain untuk menghujahkan suasana dan kemudian ko pula akan jadikan ia sebagai fakta sedangkan ko pemalas nak melakukan research sendiri. Itu ialah SADIS.
Aku dah pergi demo. Demi bersih 2.0 ialah demo pertama. Walaupun aku sedut gas dan dibantai polis, ironi nya aku masih nak pergi lagi. Ini sudut pandangan aku. Ia relevan. Kerana apa? Kerana aku ialah subjek = testimoni'ear bersih dan ko pula?Langsung tak berani nak mengkaji. Heh.Itu sadis bhai.
4) Kepura-puraan terhadap Datuk Ambiga dan sekutunya.Alkisahnya, pada suatu masa yang tak berapa nak dulu, ada seorang perempuan islam yang mahu murtad. Nama perempuan itu adalah Lina Joy, maka apabila kedengaran akan hal ni, bergempitalah seluruh bumi Malaysia dengan suara Ahli PAS, UMNO, NGO Islam dan Jemaah islam yang lain.Pada masa itu, ada seorang Peguam yang secara aggressive membela Lina Joy untuk murtad dan menghapuskan perkataan Islam pada Mykadnya, dek kerana perkara itu terdapatnya suara-suara mujahidin dalam ahli Pas, Umno dan jemaah islam yang lain yang melaungkan JIHAD terhadap Lina Joy dan aktivis lawyer itu...Anda kenal siapa lawyer yang lantang itu? tak lain tak bukan adalah Ambiga Sreenevasan. Ketua gabungan pilihanraya Adil dan Bersih (BERSIH)Dan pada hari ni, dalam televisyen kelihatan lah Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim, a.Samad said dan beribu-ribu pemuda Pas dan PKR yang berjalan di belakang Bontot Ambiga memperjuangkan gerakan yang digerak dan diketuai oleh Ambiga ini. <-- Ini dusta. Baca sini dan sini. Aku dah cakap dengan jelas dan ikhlas. Walaupun peguam itu ialah peguam dsai aku tetap bagitau dengan ikhlas. Pandangan aku memang berpihak tetapi apabila ia berlawan dengan kebenaran, maka aku akan paksa diri aku menuliskan kebenaran.
Aku tidak cenderung untuk membodek sesiapa pun samada PR ataupun BN. Baca dan faham betul2 Zulfikar. Point seterus zulfikar tidak perlu dihujahkan kerana keseluruhan artikel mengenai ifc, ambiga dan lina joy ada dalam kedua2 link yang aku bagi kat atas tadi.
i) Asas demokrasi bukan demonstrasi jalan raya tetapi pungutan suara majoriti dalam membuat keputusan. ii) Demonstrasi tidak mewakili suara majoriti rakyat. Jika sesuatu kerajaan ditumbangkan dan diasaskan dengan keganasan, maka satu hari nanti ia juga akan tumbang dengan keganasan juga. <-- hujah neh tidak relevan kerana pada hari itu kita nak hantar memo dan bukan nak tumbangkan kerajaan. Dia memberikan pandangan salah kerana mempunyai persepsi yang salah. Tanggungjawab aku selesai disini kerana aku sudah memaklumkan bahawa demo hari tue cuma nak hantar memo secara beramai2 kepada Agong dan bukan untuk tumbangkan kerajaan.
Dimanakah pengundi Hantu BN? dimanakah tangan yang tak dicelup dengan dakwat kekal? dimanakah pengundi hantu yang berumur 120 tahun yang disorok dalam gua oleh BN? dimanakah manipulasi ic? kenapakah peti undi haram tidak membantu Bn menewaskan Anwar Ibrahim? <-- Di sini, disini, disini, disini, disini dan disini.
iii) BN pernah kalah teruk Di Terengganu, Jika BN mahu gunakan senjata pengundi hantu dan ketidakadilan pilihanraya, wajiblah terengganu yang diselamatkan for whatever cost! by crook or by hook! <-- Sudah. Sudah digunapakai cara itu. Ketika PRU-11. Penipuan hanya akan berlangsung selepas BN kalah di satu2 negeri.
Lebih baik guna je SPR, tipu undi dan kemudian terus memerintah dengan selesa. Tapi aku tak menafikan kelemahan SPR, memang terdapat data-data yang tak dikemaskini, tapi ia bukanlah senjata, ia hanya kelemahan. <-- 8 tuntutan ialah untuk memperbaiki SPR. Ya benar memperbaiki kelemahan SPR. Di manakah pada 8 tuntutan itu yang membuatkan mata bn dan mata spr memandang ia dengan sudut yang berbeza pula? 8 tuntutan itu memang jelas ialah untuk memperbaiki kelemahan SPR.
iV) sudah 21 tahun PAS memerintah Kelantan, dan tewasnya BN di Kelantan adalah keaiban bagi UMNO yang memperjuangkan Melayu.Jika BN mahu menutup malu dan menghentikan kemarau kemenangan di Kelantan, buat apa susah payah berkempen Puluh2 tahun. Guna saja pengundi hantu dan ketidakadilan Pilihanraya. guna SPR suruh manipulate keputusan PRU. <-- Kenapa kelantan BN belum berjaya [akan datang taktau] pegang? Pernah suatu ketika hanya berbeza 1 kerusi di antara pas dan bn di kelantan ttp pas masih memerintah, kenapa? Tanyalah orang kelantan sendiri untuk testimoni jujur. Aku dah tanya banyak kali. Jawapan yang aku dapat seringkali sama.
Iaitu orang kelantan tidak mahu umno perintah negeri mereka walaupun mereka ialah ahli umno. Atas sebab itu mereka, orang kelantan tidak tegar dengan sebarang penipuan spr. Maksudnya disini, spr boleh menipu tetapi tanpa kerjasama rakyat kelantan [mostly orang bn] ianya tidak akan berlangsung dengan jaya nya. Punyalah orang kelantan umno, takmo umno pegang kelantan, walaupun pernah berbeza 1 kerusi pun mereka masih tidak main kotor. Situasi berbeza di perak yang beza lebih 3 kerusi dan akhirnya kuasa tamak dari kedua2 belah pihak menjadikan perak kucar kacir pada hari neh.
Nota : Aku merungkai hujah neh di atas permintaan pembaca, untuk rekod aku tidak mengenali zulfikar dan apa kah blog nya. Nota neh disebarkan menerusi fb. Dan hujah balas boleh digunakan oleh pembaca untuk menyangkal pihak yang anti-bersih. Harap maklum.
Ameno : Zulfikar, kasi buka minda dan baca lah pelbagai pandangan sebelum buat analisa.
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/07/fakta-post-mortem-bersih-yang.html#ixzz1S0x5VeUm
No comments:
Post a Comment