Tuesday, July 12, 2011

Dengki la tu, baru RM24.5 Juta?

SEWAKTU anda sedang menjerit kesakitan dihinggapi belantan Polis, semasa anda penuh bersemangat melaungkan suara keramat rakyat, di saat anda basah kuyup disembur meriam air FRU dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 bagi menuntut demokrasi yang adil dan bersih, menuntut pilihanraya yang telus, ada seorang makhluk Allah yang bersenang lenang bermewah-mewahan dengan duit yang bukan dari titik peluhnya sendiri.




Pendedahan "dalaman" sistem kastam membongkarkan bahawa pembelian sebentuk cincin mewah yang berharga RM 24.5 Juta ada kaitan dengan Datin Paduka Rosmah Mansor, suami kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak merangkap presiden UMNO. Rujuk printscreen di atas.

Jenis cincin yang dibeli pula adalah sebentuk cincin mewah, Natural Fancy Blue-Gray Cushion Cut Diamond Ring [Forbes]



Akal yang waras tidak akan dapat menerima kenyataan bahawa Rosmah Mansor si "kaki shoping" ini mampu dan tergamak membeli sebentuk cincin berharga RM 24.5 Juta. Dari manakah dia dapat wang sebanyak itu?

Adakah isterinya si Najib mampu dan sanggup memberikannya wang sebanyak itu hanya untuk membeli sebentuk cincin? Adakah suami Najib ini telah menyalah gunakan peruntukan RM111 Juta yang diberikan oleh isterinya pada bajet 2011 yang lalu?[Harakah]



Majoriti pemimpin sekarang mewah, jauh sekali dengan pemimpin zaman nabi dan sahabat



Cuba berikan senarai siapa dia pemimpin zaman sekarang ini yang hidupnya tidak mewah? Saya rasa hanya dua tiga orang sahaja yang boleh masuk senarai. 

Tetapi majoriti yang lain semuanya hidup mewah, dengan gaji bulanan yang beribu-ribu ringgit, tidak termasuk elaun dan lain-lain lagi. Seperti yang saya pernah sebutkan suatu masa dulu,cuba kita berikan gaji kepada pemimpin-pemimpin politik ini sama seperti rakyat biasa. Ataupun hanya berikan gaji 1 ribu atau 2 ribu sahaja sebulan, kita tengok ramai mana yang mahu jadi pemimpin?

Maka di saat itu lah baru kita akan nampak, siapa yang betul-betul ikhlas untuk menjadi pemimpin!

Apa? Tugas pemimpin sangat berat iaitu menjaga sebuah negara dan patut lah diberikan gaji yang melimpah ruah?  

Saya tanya balik, orang lain tidak banyak kena fikir ke? Orang lain tidak bekerja sampai berdarah dan mandi peluh ke? Orang lain tidak pecah kepala ke untuk menyiapkan suatu tugas atau projek?  Sedangkan pemimpin-pemimpin kebanyakannya hanya serah tugas kepada orang-orang bawahan yang sudah diberikan berbagai-bagai tugasan. Tunggu laporan dari mereka sahaja.
Sedarlah, pembahagian kerja dan gaji ini adalah agenda dan propaganda British dari dulu lagi. Islam tidak mengajar bahawa pemimpin mesti gajinya melebihi orang lain. Islam tidak mengajar agar pemimpin hidupnya mesti mewah!  
Zaman nabi dan sahabat , mereka berebut-rebut TAKUT untuk menjadi pemimpin. Masing-masing kalau boleh tidak mahu jadi pemimpin. Mereka takut tanggungjawab yang mana akan disoal pada hari kiamat nanti. Tersangat lah beratnya kerana bayangkan berapa ramai manusia yang akan ditanggungnya. Pemimpin dalam rumahtangga sahaja pun sudah amat memeningkan.

Tetapi manusia zaman sekarang berebut-rebut mahu menjadi pemimpin. Hingga kan ada yang sanggup main politik kotor, fitnah, korupsi, rasuah dan hinggakan kepada kes video seks pun turut serta sekali, na'uzubillah.  Kalau lah seorang pemimpin itu faham apa yang akan dilaluinya di akhirat nanti, sudah tentu masing-masing pun tidak sanggup mahu menjadi pemimpin lagi.

Kita lihat nabi Muhammad S.a.w jadi pemimpin hinggakan ketika wafatnya baginda tidak meninggalkan harta pun. Sahabat-sahabat besar seperti Abu Bakar Assiddiq, dari seorang hartawan , habiskan harta demi agama dan membantu umat Islam hingga kering hartanya, walaupun ketika dia menjadi pemimpin. Begitu juga dengan ramai sahabat lain.

Tetapi kita lihat pemimpin-pemimpin politik zaman sekarang, fuh! Nak cari kat mana pemimpin yang hanya tinggal di rumah kayu kampung macam Tok guru Nik Abdul Aziz? Yang hanya pakai kereta proton dan boleh makan nasi bungkus di warung kopi lagi.

Kebanyakan pemimpin sekarang bergaya mewah, dengan kereta besar, makan besar, saham besar, bini pun besar agaknya. Sedangkan rakyat ramai lagi yang kesempitan hidup, menanggung hutang banyak, kelaparan, miskin dan sebagainya. Apa agaknya yang ada di hati kecil seorang pemimpin itu terhadap nasib rakyatnya yang sedemikian rupa? Sanggup lagi dia bermewah sedangkan ada rakyat di bawahnya yang dalam kesusahan?

Tambahan lagi jika memerintah bukan dengan undang-undang Islam, tetapi undang-undang British.  Siapa yang lebih hebat sebenarnya, Allah ke British?

Dan hendaklah kamu menghukum (memerintah) di kalangan mereka itu dengan apa yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada kamu dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka itu.” Surah al-Maidah : Ayat 49

Apa gunanya jika kita hari-hari membaca AlQuran, tetapi mengagungkan Undang-undang British lebih dari Undang-undang dari Allah sendiri?  Kita meletakkan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret lebih tinggi dari Mahkamah Syariah, patut ke tu?

Sedar-sedarlah bahawa kebanyakan pemimpin dunia hari ini hanyalah BONEKA kepada British! Amerika syarikat pun adalah BONEKA British, kerana mereka juga adalah keturunan British! Baca lah sejarah terjumpanya AS oleh Christopher Columbus tu.
Kerana itulah pernah juga Syeikh Imran Hossein dalam ceramahnya memberikan pendapatnya bahawa Dajjal yang ditemui oleh Tamim AdDari di zaman nabi itu adalah dijumpai di kepulauan Britain. Tetapi dia tidak memaksa orang untuk mempercayainya. Tetapi teorinya itu sebenarnya munasabah.

Dan saya nasihatkan kepada diri saya dan juga orang ramai, agar banyak-banyakkan lah membaca tentang hadith akhir zaman juga, kerana dari situ kita boleh nampak gambaran apa yang berlaku sekarang ini telah disebut oleh Rasulullah S.a.w dan supaya kita lebih berhati-hati dan tidak termasuk di dalam golongan orang-orang yang rugi besar di akhirat nanti, insyaAllah.

Ini kerana saya yakin, kebanyakan mereka yang masih tidak terbuka mata hati dan tidak nampak kebenaran kerana mereka masih lagi tidak membaca dan fahami betul-betul tentang hadith-hadith tersebut. Ada juga yang pernah disuruh baca, tetapi mungkin tidak dibacanya atau hanya pandang sebelah mata.


Pemimpin zaman jahiliyah sentiasa hidup bermewah, datangnya Nabi Muhammad S.a.w dan sahabat mengajar agar pemimpin tidak bermewah, tetapi kini pemimpin kembali seperti zaman jahiliyah.

Jadi saya menyeru lah agar kita sama-sama sebarkan tentang hadith-hadith tersebut agar kita semua terselamat nanti. Semoga kita tidak terus tertipu oleh British dan sekutu-sekutunya, amiin.  :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular