Saturday, July 16, 2011

mungkin namanya sama..


Hanya RM24 juta


Saya ingin membuat pembetulan terhadap isu cincin yang sedang hangat diperbincangkan oleh orang ramai di mana-mana. Dalam posting saya yang lepas saya telah menyebut harganya sebagai USD24 juta. 



Tetapi mengikut dokumen Kastam DiRaja Malaysia harganya ialah RM24,458,400.00 (Ringgit Malaysia dua puluh empat juta empat ratus lima puluh lapan empat ratus sahaja).


Saya mohon maaf atas kesalahan angka yang saya sebut di dalam posting yang lepas.
Mengikut catatan di dalam dokumen itu tertera nama si pemilik kepada cincin bertatahkan berlian ini. Nama yang tercatat jelas dan dikenali ramai.

Tetapi mungkin nama itu juga dipunyai oleh orang lain, kerana mungkin namanya sama dengan nama orang diperkatakan oleh rakyat ramai. Maklum sajalah, negara kita mempunyai 28 juta rakyatnya. Mungkin ada dua orang yang ada nama dan gelaran yang sama.

Sekian sahaja. Terima kasih. - Aspan Alias


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular