Tuesday, July 12, 2011

Panas!!! Pengakuan "Pemuda Memegang PISAU" dlm Himpunan Bersih

Gambar yang disiarkan Berita Minggu( kiri ) dan gambar sebenar Ajak ( Kanan )

Gambar sebenar Ajak dengan bendera Malaysia yang dikatakan pisau oleh akhbar 
berkenaan disiarkan oleh sebuah akhbar bahasa Inggeris hari ini.    Akhbar itu mahu buktikan ia gambar sebenar dalam demo itu bukannya gambar luar negara tetapi berikan bukti untuk Ajak menyaman akhbar bahasa Malaysia itu
Gambar yang disiarkan oleh Berita Minggu yang tidak membayangkan hal sebenarnya dan membuat dakwaan palsu iaitu memegang pisau padahal bendera Malaysia sebenarnya

Gambar Ajak ketika memegang Jalur Gemilang


TEMERLOH, 11 Julai: Seorang Pemuda Amal PAS kawasan ini mengecam tindakan sebuah akhbar harian semalam yang menyiarkan gambarnya dengan imej “pemuda bertopeng”semasa perhimpunan Bersih Sabtu lalu yang telah diubah suai bagi menggambarkan keganasan.

Sebaliknya beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Ajak, berkata tangannya memegang bendera jalur gemilang bukannya pisau sebagaimana mahu digambarkan akhbar berkenaanSerentak dengan itu, beliau yang menganggap akhbar kawalan Umno itu berniat jahat dan menipu rakyat negara ini menggesa jurufoto yang menggambil gambarnya itu menyiarkan gambar yang sebenar atau berdepan dengan tindakan undang-undang.“Saya turun ke Kuala Lumpur sebagai anggota Amal PAS yang mengawal keselamatan dan saya berada di hadapan Maybank bersama puluhan ribu rakyat ketika itu dan saya berada di depan sekali. 

Antara pimpinan yang ada ialah Dr Mohamad Hatta Ramli.“Pada masa itu Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata. Bagi mengawal pemimpin, saya sempat mengutip kelongsong gas yang masih berasap itu lalu membalingnya ke atas rumput bukannya ke arah polis,” ujarnya.

Tambahnya, gambar yang masih disiarkan akhbar berkenaan seolah-olah memegang pisau dan membaling batu sedangkan beliau memegang bendera jalur gemilang dan membaling kelongsong gas kosong ke tepi.Katanya, anggota Amal diajar dengan disiplin yang tinggi dan jika beliau memiliki pisau sudah lama ditangkap polis kerana perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur terpaksa menempuh banyak sekatan polis.

“Malangnya gambar tersebut telah diubah suai dengan niat jahat, menipu dan mengaibkan peserta himpunan menuntut pembaikan proses pilihan raya itu.“Kenapakeluar gambar saya seorang, mana puluhan ribu lagi rakyat yang berarakdari Jalan Pudu hingga ke Maybank itu? 

Saya cabar akhbar itu siarkan gambar sebenar,” katanya.Mengenai pemakaian topeng, beliau berkata itu bagi mengelakkan terhidu gas berasid yang boleh memudaratkankerana beliau sudah bepengalaman acap kali menyertai demonstrasi.Dalampada itu beliau sedang berbincang dengan seorang peguam terkenal di sini bagi membawa kesnya itu ke mahkamah kerana beliau sudah mula menjadi tumpuan umum akibat gambar yang mengaibkannya disiarkan secara berleluasa.Hrkh
Biaqpila.. 


Komen :  "jika beliau memiliki pisau sudah lama ditangkap polis kerana perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur terpaksa menempuh banyak sekatan polis."


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiyr9dh-4PV0xzUHoc_3rZEvckQZDNyxbwprOem8sboBNzIUb7ElQCyqnGQGEvmKWPTdL0uSm_a7E5BkYF3yUu7MgYymvOpyNKo8Z3WIf0WUZrs7G8fla4E0pwdgowRxyWasQ3hO8aJNPOG/s1600/Kartun_Harakah_Kebebasan_akhbar.jpgJika peristiwa itu "BENAR" (Merujuk gambar yg telah diUbahsuai).. Ia merupakan BUKTI ketidakcekapan Anggota POLIS dalam membenteras kegiatan jenayah, walaupun berpuloh SEKATAN jln raya diadakan.. Adakah pihak AKHBAR berkenaan ingin "MEMALUKAN" pihak POLIS????



PS : FITNAH YANG MEMAKAN DIRI 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular