Friday, July 15, 2011

Blogger UMNO Mempersoalkan SUMBER Kewangan Rosmah Mansor


Saya berangan nak buka perniagaan emas dan intan berlian.

Heboh! Kemana sahaja kita pergi rakyat sedang bercakap tentang cincin yang berharga USD24 juta yang dibeli oleh seorang ternama dan bergelar dari Jacob & Co, New York. Di kedai kopi, di kelab golf, di restoran besar-besar dan kecil, di surau dan di mana-mana cerita cincin ini diperkatakan. Ini adalah isu yang paling ‘hot’ di pasaran negara kita ini sekarang. 

Apabila saya mendengarnya saya termenung dan berfikir rupa-rupanya ada barangan yang berharga semahal itu. Sebagai orang kampong berita ini membuatkan saya bingun kerana saya tidak tahu ada barang yang sekecil itu saiznya boleh berharga sebegitu tinggi.

Bagi saya jika cincin saiz yang sekecil itu boleh mencecah harga yang tidak ada bandingan tingginya saya menganggapnya sebagai satu perkara yang tidak logik. Rupa-rupanya ia bersangkutan dengan nilai barangan itu. Bagi orang kampong seperti saya ini, lagi kecil kereta itu lagi murah harganya. Kereta kancil itu kecil maka murahlah harganya jika dibandingkan dengan kereta besar seperti Jaguar, Mercedez dan lori pick-up.

Satu lagi yang saya tidak berhenti berfikir ialah bagaimanalah empunya cincin ini mendapatkan sumber kewangannya untuk membayar harga cincin yang semahal itu? Di mana agaknya wang itu datang? Tidak ada orang yang bergaji besar sehingga mampu membeli berlian setinggi itu harganya. Si dia yang membeli barang pakaian wanita ini mesti sama kayanya dengan Aristotle Onassis.Tentulah wang sebesar itu datangnya daripada ‘passive income’ dan wang yang didapati tanpa melakukan apa-apa kerja.

Jika cincinnya berharga sampai RM74 juta agaknya berapalah agaknya wang simpanannya? Jika harga cincin itu hanya 1% daripada jumlah keseluruhan wang dan harta yang ada, tentulah empunya cincin ini mempunyai wang dan asset berpuluh billion ringgit. Ini bermakna si dia ini duduk dan tidur bersama wang yang banyak. Jumlah itu merupakan 10% daripada peruntukan satu kementerian. Kaya betul wanita ini.

Hanya saya berharap sumber wang yang diperolehi ini bukan dari sumber dalaman negara kita. Kalau ianya datang dari sumber dalaman ianya sudah pasti datang dari kantong negara. Jika tidak kemungkinan besarnya hanya satu; dia mempunyai mesin mencetak wang.

Saya juga teringat kepada satu perbidalan orang Melayu berhubung dengan cincin ini; iaitu seperti si kudong dapat cincin. Mungkinkah wanita ini termasuk di dalam kategori si kudong dapat cincin tadi?

Biarlah setakat ini sahaja komen saya. Biar saya duduk kesaorangan beberapa jam untuk berfikir bagaimana si dia ini boleh membeli cincin semahal itu. Dari manakah beliau mendapat kekayaan seperti Aristotle Onassis ini. Aristotle Onassis pun membelikan isterinya Jacqueline cincin berlian dengan harga tidak sampai separuh daripada harga cincin berlian yang dibeli oleh wanita ini.

Kalaulah berita ini benar, insan in adalah insan yang sangat hebat. Hebat…hebat! Terlalu hebat!...kaya!...kaya!!

Sejak mendengar berita ini saya sudah terasa (berangan) nak jadi peniaga emas dan permata berlian kerana di negara kita sudah ada ‘customer’ yang besar-besar. Tak payah lagi pergi ke New York untuk membelinya dari Jacob & Co. New York itu jauh. Aspan Alias


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular