Thursday, July 14, 2011

Aiikk!! Raja Azmi pun ditahan polis


SHAH ALAM 14 Julai - Penerbit filem penuh kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman hari ini ditahan oleh pihak polis tengah hari tadi selepas gagal menghadirkan diri buat beberapa kali bagi memberi keterangan dalam satu kes saman sivil. 

Kes itu membabitkan suaminya, Mohd. Jailani Sidek dan syarikatnya, Equal Alliance Sdn. Bhd. melibatkan penjualan tanah seluas 14.2 hektar dengan harga RM5.2juta.

Difahamkan tangkapan yang dibuat di rumahnya bagi menyempurnakan satu waran tangkap dikeluarkan ke atasnya baru-baru ini.

Mahkamah berhenti sementara bagi membolehkan Raja Azmi mendapatkan wang jaminan RM30,000 dan dua penjamin. Jika gagal berbuat demikian penerbit filem itu akan ditahan di penjara sehingga 22 Julai ini. - Utusan

PS : Ini bukan kes BERSIH bro heheheheehee

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular