Friday, August 16, 2013

PKR kutuk pembunuhan di Mesir, gesa M'sia putus hubungan diplomatik dgn tentera

KEADILAN mengutuk keras pembunuhan ratusan penyokong Mohamed Morsi, Presiden sah negara Mesir yang dilakukan oleh tentera negara tersebut.

Kegunaan keganasan tidak boleh dijustifikasi untuk menyelesaikan perselisihan politik dan tindakan rejim tentera menjejaskan usaha untuk menyelesaikan kebuntuan di Mesir.

Kerajaan-kerajaan Barat yang kebanyakannya berdiam diri, terutamanya Amerika Syarikat yang terus mengiktiraf rejim yang tidak sah tersebut dan membekalkan berbilion dolar untuk bantuan tentera, telah membenarkan tragedi malang ini berlaku.

Ini akan menguatkan pandangan bahawa retorik Barat tentang demokrasi akan sentiasa mengecualikan pergerakan Islam yang sah. Kesannya adalah bertambahanya ketegangan hubungan dan radikalisasi penganut-penganut agama di dunia ini.

Masyarakat dunia patut mengikut contoh kerajaan-kerajaan Turki dan Tunisia yang mengutuk secara keras rampasan kuasa oleh tentera di Mesir dan keganasan yang berlaku.

Justeru, KEADILAN menuntut Kerajaan Malaysia untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan rejim tentera Mesir secara segera sebagai tanda bantahan terhadap pencabulan hak asasi dan kebebasan rakyat negara tersebut..

KEADILAN selanjutnya menyeru tentera Mesir untuk serta-merta menahan daripada menggunakan keganasan sebagai cara untuk menyekat perbezaan politik dan mengembalikan pentadbiran Morsi yang sah di dalam negara itu.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular