Tuesday, August 13, 2013

NEGARA LUAR LAGI MURAH HINGGA 10 KALI GANDA?

Harga jalur lebar dan internet di negara ini lima sehingga 10 kali lebih mahal dari negara luar - PIKOM
Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) berpendapat harga langganan internet dan jalur lebar perlu lebih rendah di negara ini

Presidennya, Shaifubahrim Saleh seterusnya menggariskan 3 elemen mengapa ia seharusnya lebih mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.

Katanya, ketiga-tiga elemen itu adalah industri mudah alih yang semakin inovatif, pengguna media sosial yang meningkat dan pelaksanaan urusniaga elektronik (e-dagang) yang meluas.

"Ketiga-tiga elemen tersebut semakin berkembang dan meningkat di negara ini bahkan di seluruh dunia," katanya.

Malah, katanya, pengguna media sosial di Malaysia terutamanya Facebook juga merupakan antara yang tertinggi di ASEAN dan ia merupakan faktor penting bagi negara ini menawarkan jalur lebar dan internet pada kadar yang murah.

"Kita sedang menuju ke arah negara maju dan harga internet dan jalur lebar wajar dikurangkan bagi memastikan setiap rakyat mampu berkemampuan memperoleh capaian jalur lebar dan internet," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Terdahulu, Pikom beranggapan beberapa isu seperti liputan internet jalur lebar serta harganya yang tinggi memberi kesan kepada kedudukan Malaysia di dalam Laporan Daya Saing Antarabangsa 2012-2013, yang dikeluarkan Forum Ekonomi Dunia (WEF) pada tahun lalu.

Isu-isu tersebut adalah kolektif dan mempercayai kriteria tersebut menyebabkan kedudukan negara di dalam laporan itu telah jatuh ke kedudukan 25, berbanding ke 21 tahun lalu.

Ketika ditanya sama ada harga jalur lebar dan internet di negara ini lebih mahal berbanding dengan negara-negara jiran, Shaifubahrim berkata, harga internet dan jalur lebar di negara ini sememangnya lima sehingga 10 kali lebih mahal.

Malah, katanya, negara-negara maju seperti Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura turut menawarkan kadar harga internet dan jalur lebar lebih rendah berbanding Malaysia.
-tranungkite-

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular