Saturday, August 17, 2013

Alamak "PEGAWAI KANAN POLIS" ni kantoii??

apa kes ... ada syabu dlam dompet pulis ...????
Hospital Jumpa Syabu Dalam Dompet Pegawai Kanan Polis Cedera Kemalangan Di Kuantan !


Panas, pihak hospital temui syabu dalam dompet Pegawai Polis Kanan Trafik yg terbabit dalam kemalangan di Kuantan. Apa makna semua ini?. Mohon polis buat siasatan yg rapi terhadap kes ini walau pun melibatkan pegawai kanan polis sendiri.. Apa komen?

Baca artikel penuh kedua2 laporan ini di Sinar Harian, Jumaat 16 Ogos mukasurat 41 ruangan jenayah

Syabu ditemui dalam dompet pegawai polis
KUANTAN - Sejumlah serbuk dan ketulan kristal dipercayai syabu ditemui dalam dompet seorang pegawai kanan polis yang cedera parah dalam kemalangan jalan raya di sini, semalam.


Serbuk dan ketulan kristal seberat 0.8 gram itu ditemui pihak hospital ketika pegawai berkenaan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA) di sini, kata sumber polis.

"Paket plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan kristal yang disyaki syabu itu telah diserahkan petugas hospital kepada pihak polis Ibu pejabat Polis Daerah Kuantan pada 12 tengah hari semalam.

"Siasatan awal mendapati barang kes itu dijumpai pada dompet pegawai polis berkenaan yang bertugas di negeri ini," kata sumber itu kepada Bernama di sini, hari ini.

Menurut sumber itu Bahagian Tatatertib Polis Pahang telah diarah memulakan siasatan terhadap kes berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis= Kontinjen (IPK) Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata pegawai berkenaan cedera parah apabila kereta yang dipandunya melanggar belakang lori treler membawa muatan konkrit di Jalan Kuantan By Pass pada pukul 7 pagi semalam.

Ketika kejadian pegawai berkenaan dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Gebeng.

"Pegawai itu cedera parah...mengalami pendarahan pada bahagian dalaman perut dan patah lutut kiri," katanya. - Bernama

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular